Tuesday, January 6, 2009
malam puisi palestin
jumaat malam esok ada baca puisi palestin di rumah Pena. sila datang untuk lepaskan geram berpuisi (walau tindakan lain banyak yang menyokong amerika). banyak kita ni hipokrit.
bengkel novel sejarah johor kedua
para penulis dan yang berminat dalam penulisan kreatif dipelawa menyertai bengkel penulisan novel sejarah Johor kedua 2009 pada 23-25 Januari 2009 di Hotel Straits Meridian, Bukit Baru, Melaka.
Yuran penyertaan : RM50 (pelajar termasuk IPT), RM100 (peserta biasa).
Sila dapatkan borang daripada laman web YWJ: www.ywj.gov.my
bengkel ini bertujuan memberikan kefahaman kepada penulis yang hendak menyertai sayembara penulisan novel sejarah Johor yang sedang berlangsung. Hadiah pemenang sayembara ini agak lumayan.
Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia dan negara-negara jiran (Nusantara).
Bayaran itu termasuk untuk penginapan dan makan.
Jangan lepaskan peluang ini kerana tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.
dapatkan keterangan lanjut daripada urus setia: Zety Raihan Tel: 6072263269;2213148;2245488

Thursday, January 1, 2009
malam genta puisi
Malam Genta Puisi PENA-Aswara 2008 telah membawa kelainan dengan mencorakkan sambutan tahun baru dalam bentuk baru. Walaupun tarikhnya sama dengan sambutan tahun baru, majlis itu turut mengaitkan tahun hijrah kerana jarak tarikhnya sangat dekat. menjelang detik 12 tengah malam Ustaz Azman naik ke pentas bersama hadirin untuk berselawat dan setelah tiba detik 12 tengah malam Rektor Aswara bersama Dato Baha Zain dan lain-lain memotong pulut kuning sebagai simbol kebudayaan Melayu beraja (mungkin warna kuning ada unsur feudalisme). Selepas itu hadirin yang kebanyakannya pelajar IPT keluar dari khemah untuk melihat semburan bunga api yang terpancar di tempat-tempat sambutan sekitar Kuala Lumpur. Semangat menghayati puisi hilang juga. alangkah sukarnya mengekalkan minat orang terhadap puisi di tengah suasana warna-warni. Bagaimanapun, tahniah kepada Aswara dan terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan PENA. Sekurang-kurangnya kita menyediakan alternatif untuk golongan muda dalam sambutan tahun baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)