Lama sangat tidak datangi laman rumah di kampung. rumput sudah meninggi menutup jalan.pelepah pisang berselayut kekeringan. busut anai-anai membungkus timbunan batang durian reput. dan ada berita kematian Husin yang diserang sakit jantung. apa yang kucari di kampung ini. sudah lama tak kutemukan apa-apa. tapi aku masih mahu menjejali jalan di belakang kampung, menyusur parit yang sarat keladi bunting.