Terima kasih cikgu
ketika melangkah ke bilik darjah
dia berdiri dengan sebatang kapur
di hadapan kami tanpa menegur
ditulisnya a,b,c hingga penuh
1,2,3 sampai 10
dan kami membacanya untuk menghafal
bersaling pandang demi mengenal
tak pernah kami berani membantah
walau dengan perkataan sepatah
di bilik separuh papan separuh jaring
angin menyirami tubuh garing
dari ladang getah dan sawah padi
beriring siul kelicap dan kedidi
meja kayu kerusi kayu
lantai simen sentiasa berdebu
selepas tamat waktu
kami serentak menyebut:
Terima kasih cikgu!
sekolah tempat kami mengenal dunia
itu pun tidak pernah kami fahami makna kehidupan
saban hari mengulang huruf dan angka
katanya ilmu ini untuk masa depan.
sekarang aku masih
mengingati detik itu
seorang guru menumpahkan ilmu
dan juga tak aku lupai
termanku diam-diam
menghulurkan kuih kasturi
ah, terlalu panjang kisah dulu
biarlah ditelan waktu
kini masa untuk berdepan dengan kenyataan
dan tugas itu telah bertukar tangan.
2017