Sunday, November 22, 2009

PPN 3: Pertemuan hati dan budi

Walaupun tampak sama sahaja majlis Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 yang kami anjurkan dengan seminar dan pertemuan sastera lain, saya merasai satu kesan peribadi yang lain. Ini satu pertemuan hati dan budi antara sesama kami yang telah berusaha memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. Rakan-rakan seperti tentera tak bergaji sentiasa bersedia menggalas tugas yang diarahkan tanpa banyak soal jawab. Saya terharu dengan iltizam yang diberikan oleh semuanya. Saya tidak mahu menyebut nama mereka satu persatu kerana bimbang tertinggal nama. Yang pasti saya terhutang budi kepada mereka. Saya juga memohon maaf sekiranya tindakan saya memberikan arahan spontan menyusahkan dan menggores hati mereka. Saya tidak dapat memberikan apa-apa balasan kepada mereka selain ucapan terima kasih. Saya simpan budi mereka selama-lamanya.
terima kasih.

3 comments:

JHaZKiTaRo said...

Salam dari kota Dublin, Ireland. Blog hopping. Sudi2lah kiranya melawat blog hamba. :)

NASSURY IBRAHIM said...

Kerjasama, gurau senda dan saling menghormati antara kita adalah perlu. Biarlah hal ini jadi pegangan penulis muda demi kemajuan sastera tanah air. Tahniah Tuan Guru dapat menggerakkan FPN3 dengan jayanya.

S.K said...

Salam,

tuan Saleeh, saya pun mulanya jadi takut, tengok tuan garang, huhu...
Tapi, ya, saya juga sudah biasa mengurus majlis, jadi, saya faham :)

Apa-apapun, tahniah buat seluruh warga kerja PPN yang telah memberikan yang terbaik sepanjang PPN!
Hanya Allah s.w.t. yang membalas jasa anda semua dengan sebaiknya!

Memang pertemuan hati dan budi yang akrab dan indah...

Wassalam.
S.K Singapura