Sunday, December 27, 2009

Mana Melayu Pulau Pinang?

Saya ke Pulau Pinang Sabtu dan Ahad lepas bersama keluarga. Di Penang Street atau Lebuh Acheh atau Jalan Campbell saya tidak nampak orang Melayu berniaga. di pinggir Masjid Kapitan baru terjumpa orang Melayu bersimpuh di pintu masuk Masjid dekat Restoran Nasi Kandar Beratur..sedang meminta simpati orang ramai, dan dua kanak-kanak berkeliaran..juga mengharapkan simpati orang ramai. Selain itu, turut menyentuh hati saya beberapa remaja Muslim meminta simpati daripada orang ramai di sekitar toko Mydin. Apakah nasib Melayu di tangan parti Gerakan? Bagaimaan pula DAP membuat perancangannya sekarang? Semasa Pak Lah jadi PM dulu (kawasan Parlimennya di Pulau Pinang) apa yang telah dibuatnya untuk membela nasib Melayu Pulau Pinang? dan semasa Dr M jadi PM apa yang telah dibuatnya? Sampai bila kita perlu melihat Melayu Pulau Pinang tergeser ke tepi laut dan kemudian lemas terkapai merenangi Selat Melaka mencari tanah besar yang jauh?

11 comments:

lutfi said...

Saya hanya kasihan pada rakyat. Kebanyakan mereka tidak sedar, di tangan politikus, mereka hanyalah bidak-bidak catur, yang membiarkan dan merelakan diri mereka menjadi bidak-bidak. Mereka lupa, mereka ialah khalifah.
Dan politikus, kebanyakannya memang bangsat. Kebanyakannya tanpa mengira warna parti dan idealogi!

NIZAM MAT SAARI said...

Benarkah nasib kita [baca Melayu] hanya ditentukan oleh poliTIKUS-poliTIKUS yang juga Melayu namanya?

Saya tak tahulah kenapa betapa bebalnya bangsa ini.... Bertanah, tapi tergeser ke laut. Berpolitik, tapi bergaduh sesama sendiri. Berekonomi, tapi hanya sekadar di tepi jalan. Bersosial, tapi mengisi pusat serenti. Berpendidikan, tapi tidak cerdik dan pandai... [benarkah?]

Mungkin itulah warna-warna yang diconteng oleh "pemilik-pemilik kuasa" sang poliTIKUS negara yang mencorakkan semua itu dan semua rakyat teracuan sebegitu rupa?

Sama-sama kita fikirkan?

Zarif Hassan said...

Saya setuju dengan Lutfi!!! Perkataan bangsat itu wajar bagi sesetangah politikus...

saleeh rahamad said...

Masalahnya ialah kita terlalu bersopan dan berlembut dengan bangsa lain yang tidak ada agenda untuk membela nasib Melayu. sekali kuasa terlepas sehingga kiamat kita dibidakcaturkan oleh pemain catur yang bersenang-lenang menyusun gerakan bidak sambil menikmati angin laut di tepi pantai.

Rahimidin Z said...

Begitulah Pulau Pinang. Tahun 1988-89 saya tinggal dekat Sg. Gelugor. Tahun 2000-2003 saya tinggal di Balik Pulau. Sesekali apabila terkenang masa lalu saya kembali ke wilayah rindu (pinjam Haji Sudin. Melayu Pulau Pinang semakin tipis (data terakhir 14% je-tak termasuk di Tanah Besar), ramai yang saya kenal beli rumah di Kulim, Sungai Petani atau Parit Buntar.

MKriza said...

Ya. ketika ke sana dahulu, saya merasa seperti bukan berada di Malaysia. Saya rasa terpinggir betul.

saleeh rahamad said...

Kita kena buat sesuatu untuk Melayu dan umat Islam Pulau Pinang. Anak mudanya merayau tak tentu hala, kerana mereka tak ada sesiapa yang membimbing.

Anonymous said...

Ya, kita yang sedaq ni pun, apa yang boleh kita buat, mai habaq kat cek sat.

Roziyah mahamad said...

Anak Melayu bagai dah hilang serinya. Dari 10 anak melayu yang ada, 4 berdiri gah di jalan raya tunjuk kehebatan,3 lagi di tepi longkang menyedut syurga dunia mereka. 2 lagi berpesta di bawah lampu neon tanpa fikir apa yang ada di depan. tinggal 1 sahaja bersama2 berjuang. Itupun dalam 1 yang ada separuhnya tak peduli 'Melayunya'. Sifat 'KEAKUAN' lebih dipentingkan

mungkin satu hari nanti kata-kata Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia dah tak boleh di Pakai lagi.

Tak ada siapa yang nak selamatkan mereka. Masing2 kini cuba merampas kuasa antara satu dengan yang lain. Tak dengar pula satu suara pun yang nak selamatkan anak melayu.

Mungkin takut digelar bersifat rasis atau takut dikata mengagungkan 'ketuanan melayu'.

Sham al-Johori said...

Pak guru,
orang jawa kata ME+LAYU tu maksudnya melarikan diri. Prof Abdullah Hassan dulu pernah kata, imbuhan 'me' di depan kata adjektif 'layu' tu menjadikan 'melayu' begitu sinonim dengan pokok yang dah tak bertenaga, hilang seri dan macam nak mati. Itu kata mereka. Tapi kata saya, politik UMNOlah yang menyebabkan melayu pulau pinang bertambah parah. Ini semua angkara UMNO yg gila kuasa.

Saya pernah ke PP, tapi orang kata saya Arab. Arab ke saya ni? hehehehe. Jawa+Arab+Melayu= JAMU! POWER TU... Amin....

lutfi said...

Tn Hj Sham, sekarang ni Pulau Pinang di bawah DAP.