Monday, February 1, 2010

skrip drama anuar nor arai

Semas saya menyelongkar fail lama di rumah, saya terjumpa sebuah skrip drama Anuar Nor Arai, "Jeneral Sabanov", tentang konflik tentera Rusia. Entah dari mana dia memperoleh idea itu. Saya tidak pasti sama ada skrip ini sudah dipentaskan atau tidak. Skrip ini pun entah dari mana saya dapat: sama ada diberikan oleh beliau sebagai nota kuliah atau saya ambil daripad Kak Maimun yang menjadi jurutaip beliau dahulu. Itu peristiwa tahun 80-an. Saya rasa tidak ada penulis skrip yang seserius Anuar di Malaysia.
Saya lelong skrip ini...siapa mahu 10 ribu hahah. manalah boleh laku di malaysia ni. Kalau di Eropah mungkin laku. sini bahan sastera macam pop corn saja harganya. Tapi saya sangat menghargainya.

3 comments:

Rahimidin Z said...

Simpanlah elok-elok, Pak Syeikh.

NIZAM MAT SAARI said...

bagus cari orang dan pentaskan. Johny Bikin Filem bagaimana pula, apa nasibnya

wardah munirah said...

Saya juga ada satu. Arwah beri pinjam tapi terlewat untuk dipulangkan. Skrip Bongai.