Monday, May 31, 2010

Memancing di Kolam Kecil



Saya sudah lam sangat tidak memancing. Dulu semasa remaja dan kanak-kanak di kampung saya sering mencari lopak dan paya untuk memancing. Ketika itu, haruan dan keli mudah sangat ditemukan. Lombong-lombong sekitar Kampung Baru, Kantan, Tanah Hitam, Chemor Estet, Changkat Kinding juga menjadi tempat kunjungan saya bersama rakan-rakan untuk mencari tilapia, puyu, haruan, dan tongsan. Ikan tongsan ini belaan Cina, tapi kawan saya tak peduli. Asalkan dapat dipancing asal jadi. Ikan tongsan pada masa itu diberi makan daun ubi, bukannya pelet seperti sekarang, dan bukan juga usus dalaman binatang termasuk babi. Jadi, rasanya sedap. Tapi kami tak suka makan tongsan kerana terlalu berlemak.
Minggu lepas saya berpeluang memancing di Resort Lambaiana, Sg Gabai. Kolamnya kecil saja tetapi ikannya banyak. Teruja juga apabila kembali menemukan pengalaman menakluk ikan. Sebenarnya aktiviti itu dibuat dalam bentuk pertandingan. Ikan yang saya tunjukkan itu bukannya yang terbesar. Banyak lagi yang lebih besar. Akhirnya saya diumumkan sebagai pemenang kerana berjaya mendapat ikan seberat 3.4 kg. Macam mana tak menang, saya bergabung dengan anak bongsu. Orang lain mungkin hanya satu pancing (tapi tentu ada yang pakai dua juga). Ikan yang kami pancing tidak dibawa balik tetapi kami bakar untuk makan tengah hari di resort itu sebelum berangkat pulang.


Kawan-kawan yang teringin nak memancing bolehlah kita buat kem penulisan di situ dan boleh juga mandi di air terjun yang sangat tinggi.

8 comments:

NIZAM MAT SAARI said...

Wah, seronoknya "kembali ke zaman dulu-dulu". Ia sangat menggamit memori.

Setiap budak kampung, pasti melalui pengalaman yang serupa walaupun tidak sama.

Tahniah, "kolam kecil tetapi besar nostalgianya".

S.M. Zakir said...

kami mancing kat laut bang, tengah malam tapi haji sham sorang ja dapat ikan (itupun pakai jampi ponorogo). tak larat saya mancing ni... masa banyak sangat pakai. beli ikan kat kedai je la...

lain kali abng buat la superimpose kat ikan tu, malu la masuk blog ikan besar tu keh keh (kami dapat siakap 5 kilo tau) keh keh

saleeh rahamad said...

ikan beso tak pulak diambik gambonya. kolam kecik tapi ikannya penuh, lat setengah minit dapat sekor. mana tak seronok.

Sham al-Johori said...

Tuan2 yang dihormati,
Hai pelik ni? Cerita pasal mancing pulak dah? Bukankah kita selalu pergi memancing?
Tak caya, tanya syeikh Rahimidn Zahari? Pak Zakir buat-buat lupa tak suka memancing. Eheklehhhhh!
Hehehehehe.

Rahimidin Z said...

Memancing seronok kalau ikan lapar, dan tak seronok kalau pemancing yang lapar. Masa memancing kar Langkawi, ikan buta pun tak makan umpan saya. Haji Sham memancing kat kolam UPM je lah.

Anonymous said...

Syoknya, bila memancing asyik dpt ikan. Tak kisahlah ikan kecik ke beso..

-zed ef.

wardah munirah said...

En. Saleeh kena selalu-selalu bawa anak bongsu sama memancing tu, baru selalu-selalu dapat ikan besar.

saleeh rahamad said...

lepas ni nak ajar dia pergi pasar pudu, banyak ikan besar