Monday, June 28, 2010

Harga Sasterawan Negara


Apabila SN Datuk A. Samad Said mengeluh tentang perhatian remeh kerajaan terhadap khazanah seni persuratan Sasterawan Negara, aku teringat luahan perasaan yang sama oleh SN Arena Wati ketika aku dan Prof Muhammad Haji Salleh menziarahi beliau di HUKM tidak lama sebelum beliau meninggalkan dunia fana ini. Semasa beliau masih kuat bercakap itulah dinyatakan kekecewaannya tentang perhatian kerajaan terhadap hasil persuratan yang dihasilkannya. Lantas untuk mengubati kekecewaannya beliau menyatakan bahawa selepas kematiannya beliau mahu khazanah sastera beliau diserahkan kepada pihak muzium di Den Haag, Belanda. Aku faham akan kekecewaan mereka. PENA telah cuba memberikan pandangan kepada pihak DBP supaya disediakan satu sudut khazanah Sasterawan Negara di DBP supaya generasi kini dapat melihat dan mengkajinya dengan mudah. Tetapi idea itu rupa-rupanya sangat susah dilaksanakan.
(Gambar di atas pernah aku paparkan di blog ini tetapi aku paparkan sekali lagi. Tahun depan aku bercuti sembilan bulan. Aku akan cuba mencari dana untuk mengkaji kepengarangan Arena Wati dan aku akan cuba ke Makassar untuk melihat sendiri tanah kelahiran yang disayanginya. Aku yakin ramai kawan nak ngikut tu..)

9 comments:

NIZAM MAT SAARI said...

Saya juga memberi komentar tentang keluhan Pak Samad itu di blog saya.

Makassar? Saya terbayang keindahannya apabila membaca karya-karya Arena dan juga autobiografinya...

Luqman Hakim QA said...

nak ikut. nak padamkan kemusykilan...hehehe.

NASSURY IBRAHIM said...

Harap semuanya berjalan lancar, Tuan Guru

S.M. Zakir said...

makassar? jangan lupa teman sepetualang pak...

Rahimidin Z said...

Bung, anak ikut..heh..heh..

Rahimidin Z said...

Bukan anak.."ana"...

Sham al-Johori said...

jgn lupa anak murid sudahlah..book tiket sekali tau.

Anonymous said...

9 bulan cuti tanpa gaji? Lama tu. Dah fikir masak2 ke?

MKriza said...

9 bulan. Moga En Salleh berjaya mencari apa yang dicari. Tahniah atas kemenangan di HSKU.