Monday, July 5, 2010

Apa khabar Amirul Fakir


Tiga hari lepas saya menerima bungkusan yang berisi sebuah buku kumpulan cerpen (Mea Culpa) karya Amirul Fakir (Amirudin Hussin) berserta sekeping poskad MAS (tempat kerja Amirul dahulu; sekarang dia menganggur). Pada poskad itu bertulis tangan oleh isterinya, mungkin, kerana Amirul sudah tidak mampu menulis lagi:

Sdr Saleeh Rahamad YDH,

Pada awalnya Amirul berhasrat utk mengirimkan buku ini kepada sdr selepas acara pelancarannya dulu tetapi tanpa diduga beliau telah ditimpa musibah sehingga menyebabkan beliau terlantar sakit sehingga ke hari ini. Lantaran itu beliau telah meminta saya membantu mengirimkan buku ini bagi pihak beliau. Namun oleh sebab sibuk menguruskan soal rawatan dan perubatan Amirul menyebabkan hal ini tertunda sejak sekian lama. Justeru saya berharap sdr memahami dan sudi menerima kiriman ini bagi pihak Amirul. Mohon saudara turut mendoakan agar Amirul kembali sembuh dan dapat kembali berkarya. terima kasih.

Amirul Fakir
Peti Surat 43
30700, Ipoh
Perak.
Dalam gambar di atas Amirul ketika kami ziarahi masih boleh berbual dan ceria semasa menyambut kedatangan kami. pada waktu itu dia sudah menderita sakit terutama apabila menjelang waktu asar ke atas. Kini khabarnya Amirul semakin sukar menempuh hidup kerana dia disahkan menderita kanser.

Saya dan kawan-kawan sudah hampir setahun rasanya tidak menziarahi beliau. mari kita doakan kesejahteraan untuknya dan mari kita sumbangkan apa-apa yang kita mampu. Mari kita melawat dia dalam masa terdekat ini. Haji Sham, sila fikirkan waktunya, sebelum menjelang Ramadan.

Ahli Pena sudah beberapa menziarahinya dan membantu sekadar yang terdaya. Bagaimana peranan Gapena? Nak cari Melayu di mana lagi?

2 comments:

Sham al-Johori said...

Salam pak guru, insya-Allah lepas kita balik Brunei nanti kita boleh rancang ke sana.

benuasuluk said...

saya juga cuba usahakan sesuatu di sini (walau tahu mesti susah caranya). Saya cuba masukkan nama amirul untuk memohon sumbangan dana hari seniman. Tak taulah macam mana, dato anwar dah fowardkan cadangan saya rasanya. harap-harap ada rezeki untuk amirul. Tidaklah balik-balik bantu penyanyi, pelakon je. Macamlah dunia seniman ni dah tak ada orang lain yang kesempitan.