Thursday, October 8, 2009

kenangan di Dewan Kuliah F

Sebelum kami keluar dari kampus setelah menamatkan pengajian pada tahun 1988 kami berarak ke sekitar kampus untuk bergambar. Gambar kanan sekali baris tengah ialah YB Azan Ismail sekarang jadi Ahli Parlimen PKR di Pahang. Gambar ini di Dewan Kuliah F. DKF dewan terbesar dan tergelap kerana lampu tidak menampung seluruh kawasan. Selalunya yang duduk di baris belakang sekali akan buat kerja lain sewaktu pensyarah berleter di depan. Saya juga pernah mendengar kuliah Prof Ismail Hussein yang tidak saya fahami. Dan saya duduk di baris belakang kerana datang lewat. Rasanya hanay sekali itulah saya mengikuti kuliah beliau. Terlalu konseptual penerangannya tentang budaya Melayu.

Tadi saya terjumpa seorang rakan yang sama tinggal di Kolej Kedua UM. Suhaimi atau Jimmy menegur saya sewaktu saya khusyuk menikmati lontong di gerai. Rupanya sudah berubah kerana rambut afronya diganti dengan rambut pendek. Mujur dia mengenali saya kerana katanya saya tidak banyak berubah. Bentuk tubuh dan wajah masih seiras dulu. Dalam gambar ini dia tiada.

15 comments:

benuasuluk said...

bagus pak dosen mengaku tak faham apa yang pak dosen sebelum ni ajar. Dah kira kategori pengakuan penyair tu.
Jangan nanti 20 tahun kemudian pelajar kita pula cakap tak faham apa yang kita kuliahkan. Haru! Hihi.

saleeh rahamad said...

memang tak faham, tapi bangga juga jadi murid profesor besar macam mereka.

Sham al-Johori said...

Ohhhhhh,
Sayapun sempat belajar dgn Dr. Mukhtaruddin di dewan kuliah F tu. Malah kawan-kawan saya kata 'dewan berhantu' sb gelap. Kalau diingat-ingatkan, rasanya sewaktu belajar di situ semua pensyarahnya ahli falsafah belaka. Apa yang diajarkan semuanya tak faham... Teringat Kak Anis sindir Nassury di situ kerana melawan cakapnya tentang teori estetika, a=b+y. Y ialah? Nassury yang duduk sebelah saya mencelah... "teori gila babi"

Kini Nassury dah jadi penyair hebat nusantara. Sekarang kalau baca sajak-sajaknya pun dah sampai tahap tak faham.

heheheh. Kuliah F, kenanganmu kenanganku juga.

saleeh rahamad said...

nasury dengan babi tidaklah asing sangat. dia selalu menjerat babi semasa remajanya. baginya anak babi comel. hahah ini kata dia. bukan saya kata.

S.M. Zakir said...

mana gambar bang, tak buleh nak kenal la. Sekarang ni asyik bernostalgia lak. Kata orang sebab orang bernostalgia ni ade due;
1. Menginsafi diri
2. Rase nak kembali mude heh heh

tak payah jawab le bang keh keh

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NIZAM MAT SAARI said...

Dewan kuliah F.. hmm saya pun ada nostalgia jugak di situ. Cuma, mana satu Tuan dalam gambar itu ha?

Saya teka baris depan sekali, kat tengah?

saleeh rahamad said...

dak aiihh, saya yang baju hijau tu.

Hasmora said...

nampaknya mata saya memang masih amat muda.. betul saya teka encik saleeh baju hijau..hehe.. dewan mcm ni masih wujud di fakulti sains.. di kebanyakan fakulti sudah berubah sakan.. maklumlah yuran kan makin mahal..setimpallah dgn bayaran para marhaen ituuu..

Anonymous said...

"Sememangnya di tempat saya banyak kisah misteri dan luar biasa begitu. Nantilah dalam kesempatan lain saya ceritakan kisah pertempuran dua bomoh di kampung saya dengan bantuan jin masing-masing." Petikan dari entri tuan.

Bila nak cerita kisah ini. Menarik ni..

saleeh rahamad said...

dewan kuliah F dah berubah wajah, dah cantik macam panggung wayang. tapi saya tak suka ngajar di situ kerana tahu tentu student juga akan jadi macam saya dulu..duduk belakang dan buat kerja lain.
la ni student banyak kelentong macam kita tak tahu..

Luqman Hakim QA said...

aku la salah seorang penghuni barisan paling belakang DKF dengan agenda sendiri. bukan dengar atau pduli sgt pun orang bersyarah kat depan yang kebanyakannya subjek berkaitan falsafah, tamadun Islam dan geografi. tp tuan saleeh memang serius dan garang dari dulu...hahaaa.

Sham al-Johori said...

Tuan Luqman,
hanya Nassury Ibrahim aja yang tahu segarang mananya pak dosen ni?

Pak Dosen,
gambar dan cerita2 lama dah habis ke?

NASSURY IBRAHIM said...

Jangan perasan, tuan ada penyakit. jangan makan pedas, kan jadi macam hari tu.

Cikgu Za said...

Salam. Saya dulu pun pernah belajar bersama tuan pada tahun pertama dan kedua di fakulti sastera (sesi 1985/1988). sama2 mengambil subjek2 pengajian melayu. tahun 3 tuan mengikuti kursus penulisan kreatif dan deskriptif, manakala saya di Rancangan Bahasa Melayu. Kita pernah berguru dengan tokoh2 besar seperti Prof Ismail Hussein, Prof Asmah Haji Omar, Dharmawijaya, Prof Hashim (kritikan sastera). Dulu tuan pernah menjeling2 saya.. agak2nya kalau saya menyahut jelingan tuan, agak2nya mungkin sekarang kita dah kenal mesra.. hehhe, gurau je!!