Wednesday, October 28, 2009

Teman lama di Sekolah Raja Chulan Ipoh



Catatan ini terhad untuk perhatian kawan lama saja. Pembaca lain jangan ambil hati kerana aku asyik kenang kawan lama.

Dua keping gambar lama semasa aku masih muda belia di Sekolah Raja Chulan cukup menggamit kenangan menjelang hari-hari senja begini. Gambar di atas sekali diambil semasa majlis makan malam di asrama. Masing-masing bergaya sakan dengan kemeja walaupun dalam waktu lain pemakaian kemeja dianggap sebagai petanda budak skema atau "belia". Aku pun pakai kemeja dan kasut yang aku rembat bapak aku punya. Seluar daripada Shahrul. Tali leher tak ingat dari mana aku dapat.
Dalam gambar itu berdirilah hero-hero gemilang dan terbilang, iaitu (dari kiri) Abdul Aziz Abu (dulu pernah kerja di Felda Kuala Lumpur), aku (sekarang kuli gomen), Yahya Sulaiman (penyanyi lagu P. Ramlee, sekarang di Sarawak, rumah orang tuanya di kampung Ajibah Abol, Kuching..ingat lagi aku), Japri Tajul Arifin (yang kisah sedihnya terpapar dalam akhbar beberapa bulan lalu), Hanafi Abdul Rahim (budak dari Kampung Mesah Hilir, Gopeng...buka dada oooo), dan Shahrul Azila Mohd Salleh (sekarang CEO INSTEADT...baru-baru ni dia call aku). Maklumlah semasa itu kami berada di tingkatan enam atas, maka kamilah hero asrama. Tak siapa samseng Kampung Dusun berani mencabar kami. Pernah juga ada pelajar tingkatan lima cuba mencabar tapi tak lama padamlah api itu apabila aku buka mulut bertanya: "Apa hal" ....heheh.
Gambar di bawah juga semasa musim yang sama dengan kami memakai kemeja T Persatuan Tingkatan Enam Atas (SERATAS). Berdiri dari kiri ialah Suhaimi Abdul Karim (budak Tanjung Rambutan, antara yang awal masuk U), Yahya Abdul hamid (Cikgu kat mana entah sekarang), Hanafi Abdul Rahim (sparing partner aku. Pernah tengah malam kami berdua berlatih di padang), Shamsul Anuar (Budak Kg Chepor), Mohd Nor Abdul Rashid (dari Pulau Pangkor, pernah kerja di Putra Jaya Holding. Imam dan peminat lagu Chiquitita oleh Abba). Duduk dari kiri, Zulbahri (budak Gopeng, sprinter), aku (budak Chemor), Jafri (kami panggil Jef Kechik bagi membezakannya dengan Japri Tajul Ariffin yang kami panggil Jef Besar), dan Abdul Aziz Abu.
Susah sangat nak cari di mana mereka semua berada. Hanya Shahrul boleh dikesan dengan mudah dan dia juga menghubungi aku kelmarin setelah melihat gambar kumpulan kugiran kami yang aku siarkan sebelum ini. Anaknya download gambar itu dan ditunjukkan kepada dia lalu dicarinya blog aku. Namun kami belum sempat bertemu kerana dia di Bandar Penawar, Johor. Jep Chulan memberi reaksi dalam blog aku tapi tidak pasti Jef Besar atau Jef Kechik. Harapnya semua kawan akan menghubungi aku dan boleh kita berjumpa semula, menilai perut siapa yang lebih besar sekarang dan siapa dulu akan dapat cucu. Perut aku maintain tapi tak macam dulu. Yahya aku tak jamin kerana masa dia muncul dalam TV menyanyi dulu dia terlalu makmur.
atau tel: 0193514940

7 comments:

Sham al-Johori said...

Tok guru,
Persatuan tingkatan enam tu sekarang sudah tukar nama daripada SERATAS ke JEJANTAS.
heheheh. Persatuan JEJANTAS skrg sdg mencari ahli untuk reunion dan bentuk parti baharu di perak sebab nak rampas kerajaan yang sdg haru biru.
hehehehe. Logonya gambar Jejantas.
Gurau aja...jangan marah

roslaini saad said...

En. Mat Salleh..
Saya adalah guru di SMK. Raja Chulan.. sebenarnya saya gembira dapat membaca blog bekas pelajar-pelajar SRC yang telah berjaya...
Apa yang saya harapkan...apalah salah kiranya bekas pelajar SRC sama-sama turun membantu samaada dari segi nasihat, kewangan dan sebagainya untuk menaikkan lagi nama Sek Raja Chulan...Datanglah sesekali ke Sekolah dan lihatlah sendiri kedaifan sekolah...Saya guru kecil tak mampu nak buat apa..Mungkin kalau ada orang-orang yang telah berjaya seperti tuan dan sahabat-sahabat tuan...dapat lah kita sama-sama kembalikan kegemilangan Sek Raja Chulan....

Sham al-Johori said...

ehmmmmm!
dapat kawan baharu nampak?

saleeh rahamad said...

kalau ada kawan nak pergi sana mahu juga. bukan tak teringin nak pergi tapi malu takut tak ada orang kenal.

Anonymous said...

Kawan lama perempuan tak ade ke? SMK Chulan tu campur laki perempuan ke?

Anonymous said...

bro,
minta izin nak upload 2 gambor ni ke facebook SRC...

-form 5-

anonymos said...

Src ada buat reunion...cr fb XSRC