Friday, November 27, 2009

buku untuk bacaan guru




Bagi guru yang berhasrat menjadi penulis kreatif tetapi belum menerima latihan secara intensif eloklah baca sebuah lagi buku antologi cerpen dan catatan pengalaman guru cemerlang yang diberi judul Selagi masih Muda. Antologi ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin pad majlis makan malam sempena Persidangan Guru Cemerlang pada 24 Nov di Puteri Pan Pac. Saya dan Cikgu Azizul Rahman (bekas Pengerusi Majlis guru Cemerlang Malaysia) menjadi penyelenggara buku ini. Ini antologi ketiga selenggaraan kami. Sebelum ini sudah terbit Terima Kasih Tuhan (UPND) dan Memorabilia (penerbit kaki kapur). Cikgu Azizul tidak pernah serik mengusahakan projek ini setiap tahun. Sehingga ini rasanya sudah lima buah buku kami usahakan bersama. Beliau sangat berani dan aktif dan tidak suka menonjolkan diri. Selama ini beliau lebih terkenal mempromosikan projek MDK (Majalah dalam Kelas) bersama DBP dan banyak menulis buku teks serta buku ulangkaji. Saya tidak tahu buku apa lagi yang hendak diterbitkannya sehari dua ini.
Turut dilancarkan ialah buku antologi esei Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh Utusan Publication. Sila dapatkan segera untuk membaca isi hati dan idea guru cemerlang yang terpilih seluruh Malaysia.

3 comments:

Rositah Ibrahim said...

Terima kasih atas maklumat ini.

zainal mohd jais said...

Tahniah sahabat,

U begitu produktif.
Saya setuju bahawa guru mesti menguasai aspek penulisan dengan baik untuk menjadi guru yang berkesan.

cabaran guru hari ini sangat besar kerana muridnya sudah terdedah dengan segala maklumat dan ilmu dihujung jari.

Maka guru mesti sentiasa menjadikan dirinya lebih berilmu, lebih berinformasi, lebih matang,dan 'lebih dewasa' di kalangan budak-budak.

roslaini saad said...

Mulai tahun depan, saya akan memegang guru media di sekolah Raja Chulan, ..Kalau ada ex- student SRC yang ingin menyumbangkan buku kepada pusat sumber sekolah..di alu-alukan...Program ini akan cuba saya realisasikan tahun depan..insyaallah.!!!