Sunday, November 29, 2009

Kisah sasterawan negara

Sasterawan negara bukanlah jawatan bergaji dan tidak mempunyai pangkat yang setara dengan pingat kebesaran lain tetapi bagi orang sastera inilah puncak pencapaian dalam penawaran diri penulis untuk menghasilkan karya. Walaupun pengekor dan pentaasub Persuratan Baru tidak menggemari cara pemilihan Sasterawan Negara sekarang, masih ramai lagi pengarang dan penulis yang menerima kayu ukur yang sedia ada.

Sekarang timbul pula permintaan daripada orang bukan Melayu untuk membenarkan sasterawan dalam bahasa lain juga dipilih sebagai Sasterawan Negara. Bukankah nak cari penyakit? Orang politik pun jangan jadi pak angguk pada permintaan tersebut. Saya tidak mahu memberikan sebab musabab penentangan saya terhadap permintaan tersebut tetapi membiarkan hal ini dibincangkan oleh rakan-rakan yang sedang mengukir nama sebagai ahli falsafah dan pejuang bangsa.

2 comments:

Rositah Ibrahim said...

Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu
Itu semua orang tahu
Kalau orang politik angguk setuju
Memang sah bodoh kayu!

Maaf, bukan niat kasar melulu...

zainal mohd jais said...

Sahabat,
Orang boleh meminta, tapi terserah kepada yang diminta untuk memberi.

Tetapi, bermain kata-kata yang boleh memerangkap diri ke sudut adalah perlakuan dangkal seorang yang sebelumnya kita sangka mampu menjadi 'pendukung berwibawa'.

Maka, sebaiknya para pejuang bahasa, terus merapati arus perdana, supaya mereka ini sentiasa mendapat 'nasihat' yang sepatutnya.

Pejuang jangan selalu atau mudah 'jengkel @ sembrono' dan mencari platform yang 'belum pasti sahabat', yang ada waktu kononnya menolong, pada waktu yang lain dia menggigit.

Perjuangan ini tidak harus menggelincirkan kita dari jatidiri intektual dan Melayu.

Wallahua'lam.