Monday, February 22, 2010

Di Dalam Peti Kaca

Sesiapa sahaja boleh diibaratkan berada di dalam sebuah peti kaca. Kali ini saya fokuskan kepada organisasi. Sesebuah organisasi juga umpama berada di dalam peti kaca. Peti kaca ada empat jenis: pertama, kacanya boleh telus pandangan-orang di luar boleh melihat yang di dalam dan yang di dalam boleh melihat yang diluar; kedua, yang bercermin gelap-yang diluar tidak boleh memandang ke dalam tetapi yang di dalam boleh melihat yang di luar; ketiga, kaca yang berupa cermin jika dilihat dari dalam-orang di dalam peti kaca akan melihat bayangan dirinya sahaja pada cermin itu sedangkan pemandangan di luar tidak kelihatan; keempat, cermin pada bahagian luar-orang di luar melihat peti kaca sebagai cermin dan hanya nampak akan dirinya sahaja manakala yang di dalam peti tidak kelihatan. Bagi jenis ketiga dan keempat, satu pihak lagi tidak peduli pun akan kewujudan pihak yang lagi satu; yang penting ialah kewujudan dirinya sahaja.

Sekarang kita tanya kepada diri sendiri, atau organisasi yang kita wakili: peti kaca jenis manakah yang kita diami?

Usaha DBP hari ini menjemput penulis menghadiri dialog tentang Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Anugerah Sastera Negara sangat baik walaupun berisiko. Risikonya ialah ada kemungkinan DBP dihentam oleh khalayak jemputan. Memang inilah yang berlaku tadi walaupun tidaklah terlalu banyak hentaman itu. Tetapi pegawai DBP mengambil sikap profesional dengan menerima teguran dan kritikan secara terbuka. Memang begitulah selayaknya bagi sebuah organisasi yang menjadi milik masyarakat. Dengan mengamalkan sikap terbuka kepada pandangan luar mereka sebenarnya telah berada di dalam peti kaca jenis pertama.

Majlis yang dipengerusikan oleh Hanafi Ibrahim berjalan dengan baik kerana semua orang diberi kesempatan untuk berkata dan memberikan buah fikiran. Tidaklah terjadi seperti satu pertemuan dahulu yang hanya berjalan sehala kecuali seorang dua diberi peluang bercakap. Nampaknya DBP sedang berusaha memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap kesungguhan mereka untuk berfungsi dengan sewajarnya.

Saya berharap semangat seperti ini dikekalkan dan jangan sesekali sesiapa sahaja mendiami peti kaca jenis ketiga dan keempat kerana jenis itu adalah bagi manusia yang menghidap gejala narsisisme.

17 comments:

zainal mohd jais said...

Tahniah.
Analogi yang hebat.
Tapi patut tambah satu lagi.
Peti kaca yang multi dimensi, dan tergabung perbagai cermin dan kaca. he..he..

saleeh rahamad said...

Tapi ada juga peti kaca yang kena tengok nyorok-nyorok.

NASSURY IBRAHIM said...

Bagaimana pula dengan peti kaca retak?

NASSURY IBRAHIM said...
This comment has been removed by the author.
Sham al-Johori said...

Pak guru,
saya teringat pantun kanak-kanak,

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
(Menjawab komen dalam blog SM Zakir).
Batam memang sebuah tempat yang indah... maksudnya dalam konteks pelancongan.
Tahun 2010 ini pula dijenamakan sebagai Tahun Melawat Batam, khabarnya ada program Kenduri Seni Melayu pada Disember nanti serta beberapa acara yang bersangkutan hal seni, budaya dan persuratan Melayu. Toko bukunya juga ada yang besar.
Kita di sini sudi untuk menjadi pembantu kepada tuan jika ingin ke sana...

JHaZKiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

sayuti said...

slm saudara saleeh..

maaf lari tajuk ni..saya nak tanya sikit..saya tidak ambil subjek kesusasteraan melayu semasa di tingkatan 6,tetapi saya hendak ambil kos kesusasteraan melayu di um..boleh ke??

saleeh rahamad said...

Sdr Sayuti,
boleh saja sama ada di Akademi Pengajian Melayu atau Jabatan Pengajian Media. STPM dapat berapa?

sayuti said...

pointer stpm saya 3.2..4p..em kalau di jabatan pengajian media macam mana tu?

saleeh rahamad said...

Sayuti. boleh dah tu. tapi kalau belajar sastera yang lebih sempurna di APM. Pengajian media tak banyak subjek sastera kerana kena ambil subjek lain juga. tapi kalau belajar di APM boleh ambil elektif di Media. Media tumpu aspek penulisan sastera bukan sejarah sastera.

sayuti said...

owh..kalau macam tu lebih baik saya ambil APM..saudara saleeh juga dari APM bukan?saya cuma minta pandangan..ye la..generasi saya sekarang suka fikir pasal kerja..tengok kos pun nak kos yang boleh senang dapat kerja..saya pun kekadang terfikir jugak macam tu

saleeh rahamad said...

Saya di Pengajian Media. jabatan kami menawarkan empat aliran, iaitu penerbitan buku, komunikasi, filem, dan penulisan kreatif. Saya dalam aliran penulisan kreatif dan ada subjek menulis cerpen, puisi, drama, kritikan, biografi, novel. saya juga mengajar subjek teras iaitu Penguasaan Bahasa Komunikasi dan bentuk dan gaya Penulisan. wah maklumat hampir lengkap tu.

sayuti said...

em saudara salleh lepas stpm terus di pengajian media?saya tau saudara salleh senior lecture di pengajian media sekarang..saya ada tengok profil saudara di laman web um

saleeh rahamad said...

Sayuti, kisah hidup saya panjang nak diceritakan.
dipendekkan cerita...lepas STPM kena ambil sekali lagi exam kerana tak cukup makan. lepas tu baru masuk UM.

Anonymous said...

Sayuti, kalau nak tahu kisah tuan blog ini, baca semua entri beliau. Boleh kenal hati budi dan serba sedikit mengenai tuan Mat Saleh ini. Hebat juga orang dan penulisannya.

- Pembaca setia dari Utara.

Anonymous said...

Sayuti,

Betul tu apa yang En. Saleeh cakap. Kalau nak belajar sastera lebih sempurna, APM (Jabatan Kesusasteraan Melayu)adalah tempat yang bagus. Tapi boleh saja ambil subjek elektif di Pengajian Media. Saya daftar tiga subjek di sana. Dua subjek lagi saya masuk kelas tapi tak daftar untuk peperiksaan.

Saya pun tak ambil sastera ketika STPM. Pointer 2.99 je, tapi dapat masuk UM. Masuk U, niat kita sepatutnya bukan untuk dapat kerja, tapi niat untuk dapat ilmu untuk meneruskan hidup. Rezeki akan datang lepas tu.

Jangan lupa ambil subjek En.Saleeh!

-peminat Kinto dalam 'Senjakala' dan Lazri Meon