Wednesday, May 26, 2010
meracik ayam hutan
semasa di kampung sekitar tahun 70-an beberapa orang tua kampung begitv akrab dengan hutan.wak raini. Pak alang arpi, pak k jalil, misalnya. Sering mencari lauk di hutan.menjerat landak, memburu rusa, menekut BURUNG Ruak-ruak. Dan meracik ayam hutan, mencari madu lebah adalah antara kerja mereka.saya tak pernah berpeluang mengikut mereka.tapi saya tahu cara menekut ruak-ruak dan meracik ayam hutan.sekarang terasa ingin sekali saya melakukan semua itu kerana sudah terlalu bosan dan penat dengan kehidupan sekarang. Penat dan terasa jauh. Jauh.mana rimba, mana suak, mana paya, mana jeram,mana lata, mana sendayan. Mana kelicap.. Merbah, punai, sebarau, serindit.. Haruan, pipit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Semasa berumur 14 tahun, saya pernah menjerat ayam hutan. Sungguh seronok. Tapi kini tidak ada lagi ayam untuk dijerat.
Jom balik kampung saya di Kuale. Aktiviti2 itu masa ada lagi..
nasury mana jerat ayam, dia jerat binatang hok bunyi krohh krohh (dia cerita di pengakuan penyair apa)
Jom bang kita lepak hutan la pulak 2-3 hari, modal pun tak banyak. Chemor buleh, Ulu Bakai buleh tapi Sg Maa'mor tak buleh tak da apa nak dijerat ikan dia pun melidi je kurus he he
Itu Zakir pernah sekali ajak gua pi berburu. Dia ingat berburu tu macam memancing ka. Kalau ikut adik gua berburu, bro zakir - lu kena bawa moto. Itu tak apa semua orang boleh buat. Tapi habis bawak motor, lu kena jalan kaki 6 jam bang. 6 jam, panjat bukit..tang tu yang ngeri sikit, hehe.
Jom la kita pi masuk hutan, Taman Negara ka. Jangan ramai-ramai.
Ohh... itu adalah saat-saat yang sangat dirindukan. Meracik ayam hutam lebih menenangkan daripada melayari berita gusti politik setiap hari yang sungguh memualkan...
Kita berlatih dulu di hutan-hutan kecil sebelum memasuki hutan besar.
kat UM tu ayam hutan menganjing2kan kita sambil cari makan tepi jalan.. kawan saya pernah meracik belakang kolej 5 tapi tak pernah kena.. jurulatih saya pernah dapat 2-3 ekor masa latihan.. masa kami tembak peluru kapur pada musuh di depan sambil musuh tu senyum2 tgk kami, diorang tembak peluru penabur kat atas bukit APIUM.. kami makan angin depa makan ayam..ceh
Post a Comment