Sudah lama aku tak balik kampung untuk melihat rumah pusaka yang sendirian melayan angin waktu dan siulan sepi membingit sewaktu malam. sesekali perlu kutitipkan pesan pada rumput agar jangan mati dan semut jangan pergi, hiasilah rumah itu sebagai taman yang bernyawa. kami akan datang juga dan mahu melihat semuanya hidup bersatu, menyepuh kemarau desa.
4 comments:
Jangan biarkan rumah tempat bermain, tempat menangis, tempat ketawa sunyi dan sepi. Nanti apabila dimamah anai2, runtuh dengan segala kenangan
kalau balik kampung tu.. singgahlaa ke sekolah lama...
datang bagi semangat pada anak-anak didik yang ada...
Biar pengetua tahu..orang sastera pun boleh berjaya... jangan tahu nak hapuskan subjek sastera di sekolah saja....
kesian budak-budak yang berminat.. tak ada back up...
Cikgu Roslaini, cadangan yang baik tu tapi saya bukanlah orang yang boleh diteladani oleh anak murid SRC. Bagaimanapun, saya sentiasa mahu menjenguk sekolah itu semula dan kalau boleh mahu tidur di asrama dengan kawan2 lama
Post a Comment