Sunday, July 15, 2012

KEPENTINGAN GAPENA BAGI PENA

Sejarah Gapena sangat berkaitan dengan PENA kerana selepas tragedi Mei 69, Pena mengambil inisiatif merapatkan ikatan perhubungan antara pelbagai persatuan penulis negeri2 bagi membulatkan suara perjuangan kebangsaan. Setelah Jawatankuasa Pena bersetuju dengan gagasan membentuk suatu badan gabungan dengan pelbagai persatuan , allahyarham Hassan Ibrahim dan Salleh Daud; dan saya ditugaskan untuk menghubungi penulis2 pantai timur tentang gagasan ini. Dengan menaiki mercedes Hassan Ibrahim kami bertiga ke Pantai Timur untuk mengajak persatuan penulis Terengganu. Antara penulis yang masih saya ingat dan masih hidup yang kami rundingi termasuk Sharif Putra.

Jadi Pena harus terus mendukung cita-cita asal kebangsaannya, dan memperkasa Gapena supaya
menjadi semakin bermakna dan berkesan sebagai sebuah persekutuan yang memperjuangkan kebudayaan bangsa serta peranan dan tanggungjawab penulis.

Selain isu-isu kepimpinan dan pengurusan Gapena, isu urusan kewangan dan perniagaan Gapena nampaknya menjadi bahan kritikan sehingga berlaku shak wasangka dan konflik. Pena perlu menyumbang fikiran untuk membantu menyelesaikan masalah ini agar urusan kewangan dan pemilikan apa juga aset menjadi lebih telus, lebih bermanfaat dan tidak menimbulkan syak wasangka.

oleh Baha Zain

1 comment:

abrahimgaccione said...

Casinos Near Foxwoods Casino in Ridgefield, North Carolina
Find 여수 출장샵 Casinos Near Foxwoods Casino, 밀양 출장안마 NC near 포천 출장마사지 Foxwoods Casino, located in Ridgefield, 대구광역 출장샵 at 1 Casino Parkway, 김천 출장마사지 near Asheville.