Mari kita baca petikan novel Pulanglah Perantau karya Aziz Jahpin, pemenang sagu hati Peraduan Novel 10 Tahun Merdeka, terbitan 1971:
Dialog Irwan kepada Lawrence:
Kerana kau pandang aku sebagai orang Melayulah, maka kau tak hormat kami. Jauh dalam hati, kau menganggap kami orang Melayu sebagai a backward race. Demikian bukan, tertulis dalam suratkhabar-suratkahbar tempatan, dalam Ensiklopedia seperti Pax Brittanica dan dilaung-laungkan oleh ahli-ahli politik?"
[Nah sekarang bukannya orang lain saja menganggap Melayu sebagai bangsa mundur, malahan orang Melayu yang sudah tercelup dalam darah Barat pun sudah menyifatkan Melayu dan seluruh kemelayuannya sebagai mundur sehingga malu mereka nak mengaku Melayu lagi]
"Tengok Lawrence, sikap tolak ansur orang Melayu. Sampaikan bahasa rasmi pun bukan dia mau panggil bahasa Melayu, tetapi bahasa kebangsaan. Di mana di dunia, satu bangsa anak negeri yang mau begitu timbang rasa? Mungkin satu masa, tiada lagi bahasa Melayu di dunia ini, tetapi bahasa Malaysia. Hari ini juga sudah berbeza di antara bahasa Melayu dengan bahasa kebangsaan. Tengoklah murid-murid yang mengambil peperiksaan."
[Sudah lama dibimbangi oleh pengarang kita tentang hal ini. Dan sekarang terjadilah atas angkara orang Melayu sendiri yang diberi kuasa menentukan corak kehidupan bangsa kita, Melayu. Malu aku mengaku mereka itu saudara aku dan malu aku menerima mereka sebagai Melayu]
Intisari:
1. Sesekali membaca semula karya orang terdahulu akan lebih terasa kebijaksanaan Melayu.
2. Pengarang ialah pemikir bangsa. Maka berfikirlah sebelum menulis dan jangan menulis sebelum berfikir.
3. Pengarang sekarang tidak setanding dengan pengarang terdahulu dari segi isi cerita. Pengalaman mereka asli dan paparannya hidup.
4. Ini cabaran kepada pengarang sekarang, supaya jangan terlalu berbangga dengan karya sendiri tanpa mempedulikan karya orang terdahulu. Betapa sukarnya mencari novel yang kuat sekarang ini. Tak terjangkau kita akan Sandera (Arena Wati), Lingkaran (Arena Wati), Pulanglah Perantau (Aziz Jahpin), Srengenge (Shahnon Ahmad).
4 comments:
Tuan,
Sedihkan, bila Melayu sendiri menghina Melayu. Tiada langsung keyakinan dalam budaya, bahasa dan agama sendiri. Semuanya nak diacuankan dlm acuan barat. Kita sekarang terlampau berada dalam zon selesa hingga lupa atau masih enggan mengakui (state of denial) yang pihak musuh menggunakan senjata dalam untuk membunuh Melayu. Strategi Zionis. Malangnya kita Melayu, jika masih enggan sedar dan bangun lagi. Walhal bangsa asing sedang bertepuk tangan menunggu kejatuhan kita. Bersatulah Melayu demi kelangsungan kita! Hidup Melayu!
anak watan perak
teman setuju bebeno dengan pandangan kome tu.
hidup perak, yong
Salam,
Saya setuju sangat dengan pendapat Saleh tu. Di meja saya ni pun saya sedang menelaah kembali 'Patah Sayap Terbang Jua' karya A. Samad Ismail.
Assalam..
kat mana nak cari novel pulangla perantau? Saudara boleh sbap coverpage dia tak? Teringin nak baca
Post a Comment