Mungkinkah tindakan menyaman Kementerian Pelajaran tidak berbaloi kerana sukar untuk dimenangi tetapi lebih baik menghalakan saman kepada Kementerian Pengajian Tinggi, kerana di peringkat itulah akan berlakunya penghapusan bahasa Melayu sebagai pengantar hingga mengatasi had dalam konteks bahasa pengantar utama. Di sekolah jumlahnya masih rendah kerana dihitung secara keseluruhan pelajar yang mengambil subjek sains di seluruh negara. Jika dihitung pelajar yang mengambil mata pelajaran dalam bahasa Melayu melebihi jumlah mata pelajaran sains. Tetapi apabila sudah menjangkau peringkat universiti hampir kesemua mata pelajaran akan tertakluk kepada PPSMI.
Lagipun, kalau sudah berjaya saman itu di peringkat universiti tidak mungkin sekolah akan meneruskan dasar PPSMI. Kita sekat ibunya dulu, maka anaknya tidak akan lahir.
Memang kerja menyaman ini pun bukan senang, tapi itulah saluran yang sah dari segi undang-undang dan kita mesti mematuhi undang-undang untuk menjamin kedamaian dan keselamatan.
Walau apa pun yang berlaku dan akan berlaku semua pihak yang masih mempunyai keupayaan tersendiri hendaklah terus memperjuangkan martabat bahasa Melayu. Jangan berhenti kerana jika dihentikan usaha yang sedang dijalankan itu dibimbangi suatu masa nanti terlalu sukar untuk penyambung warisan mencari titik temu arus perjuangan itu. Manalah tahu kalau-kalau zaman berubah akan menukar suasana dan iklim politik budaya kita dan bahasa Melayu akan kembali diangkat oleh pemimpin yang lebih faham akan strategi perjuangan bangsa. Ketika itu untuk kembali mencari fail gerak kerja pembinaan istilah sains dan matematik akan menjadi terlalu sukar.
Kita masih mencari-cari siapakah pemimpin yang berani dan cerdik itu. Insya-Allah akan kita temukan juga atau akan lahir juga nanti mujadid bangsa itu.
Yang penting, kita mesti bersatu dan saling menghormati perjuangan kawan-kawan daripada fikrah berlainan. Jangan diputuskan persaudaraan kerana lidi yang terangkum pada penyapu akan meperoleh kekuatan berbanding lidi sebatang yang tercerai daripada rumpunnya.
Salam
5 comments:
Tuan,
Jika GAPENA ingin menyaman kerajaan atau KPT dan perlukan dana utk pembiayaan peguam, saya dengan rela dan ikhlas akan menyumbang wang ringgit sedikit sebanyak utk menampungnya. Jika kita semua penentang PPSMI menghulur wang seorang sedikit, pasti ianya lebih dari mencukupi. Kita lihat dulu apa tindakan yg akan diambil oleh bakal PM baru kita terhadap isu PPSMI. Jika masih di takuk lama, saya menyeru supaya GAPENA bertindak segera. Jangan biar maruah bahasa dan bangsa kita terus tercalar dan dicalar.
Salam hormat.
Abe Leh,
lawan tetap lawan.
Pak Saleh, dulu semasa saya belajar dalam BM senang sahaja. Sekarang belajar dalam BI buat menyusahkan sahaja. Bukan jadi semakin pandai BI, tapi semakin lemah subjek sains dan matematik. Huh!
I cannot speak Malay lah!! huhuhuhuu... but i really like budu. kekeke. How many botol budu do you have. Pls count!
Mudahan ada pihak yang menuntut keadilan daripada mereka sekalian segera untuk dijadikan pedoman buat anak bangsa supaya menghormati bahasa kita...........
Post a Comment