Tuesday, July 21, 2009

Novel rasis

Ada semacam gerakan politik dan budaya yang sedang berdenyut dalam masyarakat kita sekarang apabila suara mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dilontarkan secara terbuka. Suara-suara itu menuntut hak yang sama dengan orang Melayu dan Bumiputera kerana kononnya mereka juga berhak memperoleh keistimewaan itu. Jika ahli politik kita terjebak dengan tuntutan itu dan akur dengan mudahnya maka tidak mustahil akan berlaku gelombang perlawanan yang tidak henti-henti. Sememangnya gerakan marginal itu tidak akan berhenti selagi mereka berasa hak bersuara dimiliki oleh mereka. Tidak ada pun ketegasan di pihak kerajaan untuk menghalang kemunculan suara sebegitu selain tindakan sorong tarik dan kadangkala dijawab dengan alasan yang politikal juga. Sehubungan dengan itu, kita perlu menoleh ke arah sastera yang dijadikan senjata oleh golongan yang terasa diri mereka ditindas ini. Ada sebuah novel yang ditulis oleh Hsu-Ming Teo berjudul Love and Vertigo (2000, Sydney: Allen and Unwin) yang bernuansa wacana balas (counter discourse) terhadap kekuasaan Melayu. Penulis ialah lahir di Malaysia pada tahun 1970 dan kemudian dibawa orang tuanya berimigrasi ke Castle Hill, Sydney, Australia sekitar tahun 1977. Beliau menyelesaikan PhD di University of Sydney pada tahun 1998 dan kemudian menjadi pengajar di University of Southern Denmark dan research fellow di Department of Modern History di macquarie University.
Novel ini memaparkan Malaysia sebagai negara perkauman terhadap kelompok etnis Cina. Peristiwa 13 mei dilihat sebagai kemuncak sentimen perkauman yang dipanaskan oleh tindakan jihad orang melayu membunuh etnis Cina dan India. Seterusnya diperlihatkan betapa buruknya sistem sosial dan politik di Malaysia sehingga membawa kepada penghijrahan watak-wataknya berhijrah ke Australia. Novel ini tergolong sebagai novel oksidental, yakni membicarakan Barat tetapi kandungannya masih membawa ideologi orientalisme. Barat (Australia) dipandang sebagai tempat yang lebih baik berbanding Malaysia dan Singapura sekalipun kerana di Singapura bau makanan Melayu pun dianggap sangat jelek.
Sebenarnya banyak lagi karya yang memburuk-burukkan Malaysia yang ditulis dalam bahasa Inggeris kerana tidak mungkin karya sedemikian terbit di Malaysia dalam bahasa Melayu. Apabila karya sedemikian beredar di negara luar dalam bahasa Inggeris, tentunya imej Malaysia akan terus dipandang kotor. Lalu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengimbangi keadaan tersebut?
Siapakah yang wajar memurnikan imej Malaysia baik secara praktikal mahupun secara ideologikal? Kementerian Pelajaran? Kementerian pengajian Tinggi? Kementerian lain? Sasterawan? ITNM? Untuk menyekat suara golongan yang terasa tertindas itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana tiada hak bagi kita menyekat kebebasan suara mereka, apatah lagi di negara lain. Lalu caranya bagaimana?

4 comments:

lutfi said...

Di Malaysia, yang rasis hanya orang Melayu. Sampai Tg Guru Nik Aziz pun takut nak sebut melayu. Tetapi kalau sebut Cina dll tak apa. Itu memperjuangkan hak minoriti.

Sham al-Johori said...

Wah, memeranjatkan! (buat-buat terkejut aja).
Hehehehe. Kalau kita baca tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh dalam "Permata di Rumput Gemilang: Sastera Sebagai Ruang BAngsa" (DBP:2008), ketakutan itu sudah lama meresap di dalam diri politikus/kuasawan Melayu.

Sasterawan seperti kita hanya mampu merengus dan mengesat air mata sahaja. Di Turki, Orhan Parmok dah lama buat kerja macam tu. Di India pun sama. Di Malaysia rasa-rasanya dah lama berkembang (buktinya kena tanya pak Zakir dan syeikh Rahimidin). Sastera kita juga sedang berhadapan dgn pemesongan itu. Di tangan penulis bukan Melayu (maaf tidak semua) agenda ini sedang bermula.

Awas, MELAYU dan TANAH MELAYU sedang DILELONG.

CucuOpah said...

Tuan,
Rasanya, setiap seorang daripada rakyat Malaysia bertanggungjawab memurnikan imej Malaysia. Setiap orang punya peranan, cara, keadaan dan saat tersendiri untuk menjadi duta kecil kepada negara. Itu adalah tanggungjawab warganegara. Pada warga yang memburukkan nama negara itu, baik berhenti sahaja daripada menjadi warganegara ini. Ada bezanya antara memburukkan negara dengan memberi kritikan membina. Fikir-fikirkanlah.

SATIRA + KACAU said...

Salam Sdr SR: Kumpulan cerpen "Politikus, Badut & Sebuah Cermin" tergolong rasis juga kah? Maaf. Sekadar melontarkan tanya. Kalau rasis pun bagus juga sebab ditulis memang untuk hal dan tujuan yang sedemikian. Jangan marah. Salam kenal dan berdiskusi.

Satira+Kacau