Saturday, January 9, 2010

Penegasan yang Jelas

Sesiapa sahaja boleh menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada nama tuhan tetapi nama Allah mestilah yang selari dengan pemahaman dalam Islam. Ini pandangan fatwa muzakarah Majlis Fatwa dan ditegaskan oleh YDP Agong. Pernyataan ini jelas dan cantik. Pernyataan oleh PAS tidak jelas, Pernyataan oleh DAP langsung tak muncul kerana ini bukan perjuangan mereka. Pernyataan oleh PKR mengelirukan. Pernyataan oleh UMNO ...eh apa mereka kata? Kita rujuk mahkamah dan berunding. Dah terhantuk baru tengadah.

Kita jangan terjebak dalam provokasi hingga sanggup menceroboh rumah ibadaat orang lain kerana ksannya nanti akan berbalas ke rumah ibadat kita. Ini jelas ajaran Islam. Islam melarang kita mencerca kepercayaan agama lain kerana dibimbangi oraang agama lain akan mencerca kepercayaan Islam. Indahnya ajaran Islam sebagai agama keselamatan.Salammmm

5 comments:

NIZAM MAT SAARI said...

salam, sepakat dan setuju dengan tuan. Politik @ nak harap orang politik, masing2 asyik melihat kepentingan parti melebihi segala-galanya walaupin agama telah tercabar.

Anonymous said...

Tak jelas ke dgn pendirian UMNO? Kalau keesokannya harinya terus membuat rayuan tentulah ada pendiriannya. Kan badan eksekutif adalah entiti yg berasingan dengan badan judicial?

Anonymous said...

semuanya mengangkat isu ini sebagai isu politik. Tiada langsung suara umum untuk berdebat dan bertahan mengenai isu ini. masing2 dengan kepentingan politik masing2.

MKriza said...

Jangan politikkan isu Allah. Kita wajar tanganinya dengan fikir yang waras dan berilmu. Tindakan merosakkan rumah ibadat agama lain amat dilarang dalam Islam, hatta ketika sedang berperang.
Malaysia, jika tanpa kesefahaman kaum dan agama, ianya tidak akan begitu aman dan indah seperti sekarang.

zainal mohd jais said...

Sahabat,
Masalah bermula dari permainan politik melampau; orang politik juga bertanggungjawab menyelesaikannya.

Cara mengatasi mungkin tak sempurna, tapi pendirian UMNO jelas.
Saya fikir, Optimis lebih baik dari sinis dan pesimis.