Wednesday, January 20, 2010

Selamat Menemui Pencipta

Selamat jalan guruku, Dr Anuar Nor Arai, semoga tuan diiring ke laman jannah.
Dr Anuar Nor Arai yang kembali ke rahmatullah semalam pukul 5.20 petang pernah membimbing saya dalam bidang penulisan pada tahun 1986 atau 1987. Beliau mengajarkan subjek Retorik 2 sebagai sambungan daripada Retorik 1 yang diajarkan oleh Prof Abu Bakar Hamid. Cara pengajarannya berbeza daripada orang lain. beliau banyak menyuburkan intelektualiti. Datang ke kelas dengan sepotong petikan daripada pandangan ahli falsafah lalu kami diminta membuat ulasan. Beliau berterus terang dalam segala komentarnya. Seronok belajar daripada beliau dan ada ilmu yang saya warisi daripadanya. Kami dilatih menjadi kritis dalam penghujahan.
Saya tidak mengambil subjek Filem daripada beliau kerana tidak mampu menerjuni bidang itu.
Sekarang beliau telah pergi dan meninggalkan ratusan malah ribuan anak murid yang pernah mengutip ilmu daripadanya. al-Fatihah. Saya mahu menziarahi jenazahnya di masjid Seksyen 19 Shah Alam sebentar lagi. Jenazah akan dibawa ke situ pukul 11 pagi ini untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

5 comments:

imlan adabi said...

Aku tak sempat juga Dr Arai... MOga dia dirahmati

MARSLI N.O said...

Sdr Saleeh: Saya suka membaca komen Sdr di blog Lutfi mengenai hadiah itu.

MARSLI N.O

zainal mohd jais said...

Sahabat,
Dia kritis dan sangat menguasai ilmu dalam bidangnya.
Sendanya, sinisnya, kecil hatinya, keseriusannya, sukar kita lupakan.

Dia guru yang pertama mengenalkan saya kepada filem dan ilmu retorik.
Kita , dan Malaysia akan sangat kehilangannya.

Saya sempat menatap wajahnya yang pergi dengan tenang.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Alfatihah.

Nur Fatiha Fadila said...

Assalammualaikum.

Saya juga mantan anak didiknya. Beliau mengajarkan saya subjek Penulisan Lakon Layar I sewaktu di semester dua, tahun 2008 lalu. Seperti kata tuan, arwah akan datang dengan sepotong kata untuk kami fikirkan secara kritis.

Pada awal dengan keadaan yang masih baru,agak sukar untuk saya memahami gerak fikir dan caranya. Namun, beberapa lama seterusnya saya semakin memahami dan menghargai pengajarannya.

Saya masih terkenangkan beliau yang memberi penjelasan terhadap kekeliruan saya berkenaan penulisan skrip dengan begitu mendalam. Berbeza dengan gayanya di dalam bilik kuliah.

Sehingga ke hari ini, saya masih terkenangkan senyumnya apabila kami bertembung dan gayanya yang bersahaja.

Sering memori terhadapnya hadir, al-fatihah itulah hadiah untuknya. Semoga arwah aman di sisi-Nya.

Antenna Installation Alhambra said...

Hello mmate nice post