Sunday, January 3, 2010

Tahun Baru cabaran baru

Bukan penting sangat tarikh 1 Januari pada saya tetapi apabila tarikh ini menjadi ukuran penjadualan kerja dan hidup masyarakat di Malaysia terpaksalah saya mengakuinya.
Tahun ini bermula dengan cabaran baru yang sebenarnya dah lama, iaitu isu penggunaan nama Allah. Saya menentang keras (tapi setakat manalah kerasnya saya) penggunaan nama Allah oleh agama lain di Malaysia. Kita ada budaya dan pemahaman tersendiri yang akan mengakibatkan risiko lebih buruk. Malam tadi saya berbual dengan kawan-kawan di bawah pokok sambil minum jus epal panas dan lamb chop yang hangus sekembalinya kami dari rumah Sdr Hanafi Ibrahim untuk majlis tahlil arwah adiknya yang baru dikebumikan siang Ahad semalam. Seorang kawan membangkitkan cerita bahawa Tuan Guru Nik Aziz menyokong penggunaan nama Allah itu. Kawan saya entah mungkin kerana taasub terus cuba membela Nik Aziz sedangkan saya tetap tidak bersetuju. Ada kecenderungan daripada kawan-kawan, apabila kenyataan itu dikueluarkan oleh pemimpin PAS maka akan disetujui. Saya tidak begitu. Biar siapa pun orangnya, tak kena dengan prinsip saya akan saya tentang dan kalau sejalan dengan saya akan saya sokong. Dengan itu saya menyokong keberanian dan kelantangan Ibrahim Ali membuat bantahan walaupun saya tidak pernah menjadi penyokong beliau (penentang pun tidak). Mujurlah Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan lain dalam akhbar hari ini bahawa beliau menentang penggunaan nama Allah oleh agama Kristian. Sekarang nampaknya Khalid Samad masih dengan pendiriannya. Dia sudah menjadi lain di mata saya.

Sembang kami berakhir hampir pukul 11 dan saya yang tidak berapa sihat kerana demam dan kepenatan sedikit mahu segera pulang. Pada siang Ahad saya menghadiri dua pengebumian di tempat saya. Pengebumian pertama ialah adik Sdr Hanafi Ibrahim di Tanah Perkuburan Bdr Tun Hussein Onn.. Kemudian ada seorang lagi anak muda jiran yang juga meninggal tetapi dikebumikan di Tanah perkuburan Ceras Perdana. Pada petangnya semasa saya ke surau untuk solat asar, ada lagi satu kematian, iaitu ibu kawan surau kami, Azmi Inin. Maknanya, ada tiga kematian yang perlu diuruskan dalam satu hari.

Banyaknya kematian menginsafkan saya. hidup kita ibarat buih di hujung ombak. akan pecah apabila tergeser dengan angin.
tahun baru ini nampaknya ada cabaran baru, selain cabaran lama sedang saya geluti setiap hari. aduh... sakitnya.Takbir..Allahuakbar! (seruan ini untuk semua umat islam bukan milik parti tertentu, jadi orang UMNO jangan takut mengucapkannya)

2 comments:

Sham al-Johori said...
This comment has been removed by the author.
lutfi said...

Orientasi pemikiran kepartian akhirnya akan memusnahkan Melayu. Bukan Umno, BUkan Najib, tapi orientasi kepartian!