Saturday, April 17, 2010

koleksi gambar sasterawan besar


Di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengajian Media, UM berderetan gambar sasterawan besar negara. Lukisan ini dikumpulkan oleh DatukAbd Latiff Abu Bakar semasa beliau menjadi Ketua Jabatan dulu. Selepas itu tiada lagi sambungannya oleh ketua jabatan lain. Tapi pada setiap gambar itu tiada kapsyen nama mereka. Apabila saya menguji pelajar, mereka hanya mengenali gambar A. Samad Said. Sasterawan lain tidak dikenali sama sekali. Saya sudah bersuara di Jabatan supaya kapsyen nama disediakan tetapi tiada inisiatif langsung. Begitupun, saya tidak memarahi sesiapa...kerana sepatutnya saya melakukan tugas itu tanpa perlu disuruh.

Ada seisapa nak letak gambar mereka di situ? Jadi dulu sasterawan besar dan jadi tualah dulu.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Saleeh,
Benar sebenar-benarnya ramai yang hanya kenali SN A. Samad Said, ada juga yang langsung tidak kenali seorangpun SN, bukan hanya pelajar yang mengambil bidang bahasa dan sastera tidak mengenali SN yang lain juga... apatah lagi masyarakat awam di luar sana.

NIZAM MAT SAARI said...

Tuan,

Adalah fenomena yang menyedihkan apabila KITA sudah melupakan [tidak tahu] lagi barisan sasterawan besar negara yang baru hanya berjumlah sepuluh orang, sedangkan di sana-sini KITA menghafal nama-nama pemenang Akademi Fantasia saban tahun.

Ah... malangnya...