Sunday, April 11, 2010

Sebelum Tiba Pesta Songkran

Sebelum tiba pesta songkran
kami pun beransur pulang
meninggalkan janji demi janji
bahawa tahun depan datang lagi.

Kami bawa secebis kenangan
yang membiak jadi harapan
kami bawa sehiris keraguan
yang berkembang jadi ketakutan
tertunaikah janji ini
atau kami yang dulu pergi.


Kami tinggalkan kota ini
sebelum darah dari utara
mengalir ke sini
dan menyirami kami
dalam pesta songkran.

11 April 2010
Hatyai, sehari selepas darah bersimbah dalam protes kumpulan baju merah di Bangkok.

1 comment:

Sham al-Johori said...

Hai tuan guru,
sejak dua menjak ni sajak kian mengancam. Tergugatlah rezeki kami nampaknya...
Bila pula nak muncul dgn cerpen terkini agaknya? Tentu menangis syeikh Zakir baca nanti..