Sunday, March 22, 2009

kunjungan ke kuching

Berkunjung ke Kuching untuk memenuhi jadual bengkel penulisan fiksyen sains dan teknologi menemukan saya dengan beberapa permasalahan. Tapi biarlah saya dahulukan pujian kepada penulis dan peminat sastera Sarawak kerana jumlah peserta di kuching lebih besar daripada negeri-negeri lain yang kami kunjungi. Penuh bilik seminar dengan gabungan penulis lama dan baru serta pelajar sekolah yang dihantar gurunya Jais Sahok. Khabarnya bayaran penyertaan bagi pelajar sekolah itu dibiayai oleh sekolah. tahniah kepada pengetuanya.

Saya tidak dapat bercermah panjang dalam majlis itu kerana waktu telah dibataskan sejam sahaja. terpaksalah saya bercakap laju dan mungkin kurang difahami oleh pelajar yang baru berjinak dengan sastera. walau apa pun, yang pasti saya mendapat manfaat daripada majlis itu kerana berpeluang menyampaikan isi hati tentang perjuangan dalam sastera dan bahasa. dapat juga saya selitkan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI.

Setelah lama tidak bertemu dengan Abang Abdillah SM, kali ini saya dapat bertemu dengan beliau dan isterinya sekali. mereka datang sebagai peserta. Abang Abdillah mempunyai gaya penulisan dan pemikiran yang unik. Tetapi dia kurang ditonjolkan di Sarawak. Mungkin hal ini perlu dilihat semula oleh agensi pembangun sastera Sarawak.


Nisah Haron juga sanggup datang dari Semenanjung semata-mata untuk mendengar ceramah daripada Prof Zaki kerana dia belum mendengar pembentangan itu semasa sesi di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur Prof tidak hadir atas sebab tertentu.

Pada hari Jumaat saya berpeluang menghadiri seminar Budaya Melayu Sarawak di kompleks Pelancongan Sarawak, di Waterfront. Sahabat saya Awang Azman Awang Pawi menjadi pengerusi penganjuran seminar dan saya terasa wajib menghadirinya sementara ada masa. sempat juga mendengar pembentangan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Hazami Jahari dan beberapa pembentang lain. Beruntung juga orang Sarawak kerana ada usaha sebegitu dan peruntukan wang disalurkan oleh kerajaan melalui agensi tertentu.

Awang Zaman dan Hazami bersilih ganti meraikan saya dan teman niaga saya (Rozlan), sampai perut mengalah untuk menerima kunjungan makanan lagi. terima kasih daun keladi.

di Lapangan terbang saya didatangi teman lain, Yusop Lotot. Sanggup dia ke lapangan terbang untuk bertemu dengan saya. Berbual dengan Usop saya bertemu dengan satu permasalahan baru di sarawak. Ini suara kecil yang minta diberi perhatian. Mereka membentuk satu komuniti yang bebas (pengkarya Indie) dan mengaku sebagai golongan subaltern. Mereka mahu melontarkan suara subaltern mereka suatu hari nanti dalam wacana yang rasmi. Ini bagus untuk perkembangan intelektual. silakan. pertembungan antaar tesis dengan antitesis akan melahirkan sintesis yang lebih baik.

Satu permasalahan yang timbul di Sarawak: Siapa Melayu? adakah Melanau juga Melayu? ini memerlukan definisi nampaknya.
Terkenang saya pada kebijaksanaan Dato Onn apabila merangkumkan semua etnik sebagai Melayu, baik mereka Jawan, Bugis, Bawean, Banjar demi menghidupkan UMNO. Jika tidak jumlah ahli UMNO sangat sedikit kerana etnik lain tidak terasa diri mereka Melayu. dengan itu barulah Melayu menjadi komuniti yang besar. Tapi sekarang Melayu sudah kembali kerdil dan UMNO kembali mengecut kerana kerenah pemimpinnya yang tidak faham akan erti Melayu.

Di Indonesia ada masalah juga dalam isu ini. etnik lain sukar mengaku Melayu. Inilah masalah yang dihadapi oleh Pak Tenas Afendi untuk menyatukan Melayu di Riau. Beliau mahu merangkumkan semua orang ke dalam lingkungan Melayu tetapi etnik lain itu terasa mereka tetap jawa, Bugis dll.

11 comments:

Yusuf Fansuri said...

Salam,

Sudara Saleeh, cepat bangatnya kemaskini lawatan singkat ke Kuching.
Kehadiran seorang sobat harus diraikan walau sekejap cuma.Perbualan ringkas cukup manis untuk kesan yang lebih panjang. Senang berdiskusi dengan sudara. Punya jiwa muda kental dan semangat berbara yang tak mudah dimamah usia.
Senang dengan panggilan "penyair tersorok" dan bukannya "penyair tersohor"... jika bisa saya dipanggil penyair...hehehe. Menunggu kunjungan selanjutnya dari sudara ke Sarawak. Insha Allah.

dahirisaini said...

salam sdra, saya cukup trkilan kerana tidak dpt menghadirkan diri bengkel cerpen yg saya plan untuk menghadirkan, tapi urusan peribadi yang trlalu mendesak membantutkan segalanya, apapun saya hrap dpt bertemu dgn sdra di lain waktu.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kunjungan ke Kuching adalah yang pertama dalam hidup. Ada sesuatu yang memaut, yang meruntun kunjungan kali kedua dan ke seterusnya.

Jalan2 di Bandaraya Kuching lebih nyaman dan selesa berteman guru Saleeh. Terima kasih tuan.

saleeh rahamad said...

sdr yusof
gerakan manusia kecil (subaltern) sering menimbulkan kebimbangan pada golongan atasan. tetapi teruskanlah kerana dunia sudah berubah dan sejarah perlu dinilai semula. negara tidak terbina oleh tangan besar sahaja. tentu saja ada pertanyaan "can subaltern speak?" kata Spivak.

Sdr Dahiri,
pertemuan selalunya lebih bernilai jika tidak dirancang tapi berlaku.

sdr Rozlan,

kembara biarlah bersama nurani dan mata hati.bukan sekadar gerakan fizikal

D'Rimba said...

Salam saudara, adakah saudara empunya sajak Mencari Wira dalam buku sajak Aksara Merdeka?

saleeh rahamad said...

d'rimba,

nama saya samadengan penulisnya kan?yalah tu,kenapa?keras sangat ke

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam saudara Salleh,

Saya rasa bertuah kerana dapat berjumpa dan mendapat tandatangan saudara yang mungkin boleh saya gelar guru pada masa akan datang.

Pertemuan secara kebetulan semasa di DBP Sarawak tempoh hari ketika menunggu Nisah Haron yang sedang mendengar ceramah Dr. Zaki, cukup berkesan di hati saya.

Terima kasih juga atas tandatangan di buku Faisal Tehrani yang sedang saya uliti. Dan saya juga mendapat sedikit ilmu untuk memberanikan dan meyakinkan diri bagi mencebur diri dalam karya cerpen.

Saya berharap selepas ini akan mendapat ilmu cerpen pula daripada saudara Saleh dan saya akan selalu berkunjung di sini untuk mengikuti perkembangan saudara.

Salam dari Kuching,

Maslina Mahbu @ Armiza Nila

Zacharia Abdulmanan said...

hmm. terlepas kali ini. tapi selesai kembalinya sdr, hanya nama saja yang didengar. saleh ini, saleh itu. harap suatu hari nanti boleh ngobrol.

D'Rimba said...

Ayuh pejuang bahasa sekalian atur langkah berkesan. Kebanyakan barisan baru parti menyokong PPSMI. Anak bangsa menghampiri karam lautan

D'Rimba said...

Maaf lewat balas pasal sajak saudara sedang memerhati nakhoda yang diangkat, amat melemaskan. Saudara punya sajak hebat dan amatlah sesuai sekali dengan keadaan semasa sekarang. Saya antara orang yang pernah deklamasikan sajak saudara. Terima kasih mengilhamkan sajak yang hebat sedemikian rupa membina jatidiri bangsa dalam diri saya. Terima kasih.........

syahrulnizam said...

InsyaAllah saya kena berguru lagi dalam arena menulis bagi mencari makna sebenar "menulis bukan dengan perkataan tetapi dengan pemikiran."

Salam dari Kuching