Sunday, March 8, 2009

siapa dalang

barangkali benar kata bahawa perarakan PPSMI tempoh hari ada dalangnya. tapi siapa pula dalangnya? ada banyak kemungkinan:
1. dalang pertama mungkin bersemadi dalam batin setiap orang yang berarak. jadi, mereka melakukannya atas arahan dalam diri.
2. dalang kedua, mungkin tak bernama kerana terlalu ramai untuk dikenal pasti, yang tentunya ibu bapa tak kira bangsa yang tidak setuju dengan pelaksanaan PPSMI. jadi para demonstrator (istilah ni tak tepat langsung kerana ada kata dasarnya demon, maka eloklah kita kata mereka ialah mujahid) itu bertindak mewakili hasrat jutaan ibu bapa yang mahu PPSMI dimansuhkan.
3. dalang ketiga, mungkin ada benarnya andaian bahawa dalangnya ialah orang yang sengaja dihantar mencelah-celah untuk mencetuskan provokasi. ini biasa berlaku dalam mana-mana pergeseran kuasa.

Tetapi yang sibuk sangat mereka mencari dalangnya buat apa: kita juga tertanya-tanya, siapakah dalang yang menggerakkan lidahnya dan lidah para juak di kelompoknya untuk mempertahankan PPSMI? tentu mereka juga didalangi. macam-macamlah teori terhasil. ada yang kata semua tu disebabkan oleh strategi untuk mengekalkan diri dalam barisan calon dalam pemilihan UMNO mac ini. kalau tidak mempertahankan PPSMI maka akan terkeluarlah mereka daripada kumpulan itu, dan para perwakilan pun akan membuat pilihan lain.
ada yang kata dalangnya ialah pada usahawan yang mendapat banyak keuntungan dalam pembekalan komputer dan perisian dalam melaksanakan PPSMI.

para calon UMNO, ingatlah bahawa sudara semua dipertanggungjawabkan untuk membela nasib dan agama. janganlah membuat keputusan berdasarkan pandangan segelintir manusia yang tak tahu akan erti masalah orang melayu dan juga kaum lain di merata-rata tempat.

dapatkah kita bayangkan bagaimana nasib anak orang asli yang terpaksa belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris?

janganlah takut sangat dengan kumpulan mahathir itu. takutlah kepada jutaan manusia yang sedang mendoakan kemusnahan untuk orang yang mempertahankan PPSMI. doa orang yang teraniaya sangat mustajab.

nak berhujah dengan cara akademik pun rasanya tak guna dah kerana selama ini pun pandangan profesor tidak bernilai sama sekali. baik kita cakap cara kampung.

kepada shahrizat, jangan buat kenyataan yang menyokong PPSMI atau menghina pejuang bahasa. berbezalah daripada pesaing . untung sabut terserap air pun timbul. malang batu, tak serap air pun tenggelam.

Utusan Malaysia pun satu hal. kenapalah bersungguh-sungguh sangat bersekongkol dengan kumpulan penyokong PPSMI. tiada pembaca bahasa melayu nanti bermakna utusan Melayu pun akan lenyap di pentas sejarah.

maki hamun daripada teman2 terhadap penyokong PPSMI sudah menjadi mainan bibir. perkataan bahlul, bangang, babi, bodoh dll sentiasa dilemparkan kepada juak-juak tersebut. yang mengata melayu, yang kena kata pun melayu kerana di malaysia semuanya melayu asalkan dipotong anunya.

12 comments:

kakcik said...

Tuan,

Kalau zaman dulu, ya, di Tanah Melayu ni asalkan anunya dipotong, Melayu la dia. Tapi zaman skrg tak boleh dipakai lagi, bangsa asing pun ramai juga yg anunya dipotong. Dengar ceritanya la..

Bgmn pun, perhebatkanlah perjuangan menghapuskan PPSMI. Skrg tgh kritikal. Jgn rasa selesa walau sepicing. Penentuannya hampir tiba. Tetapi masih kabur. Selepas ini byk lagi agenda bahasa yg perlu diperjuangkan. Contoh, penggunaan BM dlm persuratan, mesyuarat dll di swasta & kerajaan, papantanda, bahasa rojak di TV, perkataan BI diBMkan, cdgn Mandarin digunakan utk persuratan dgn kerajaan, DBP dan ITN yg kian dipersoalkan peranannya, dll.

Nampaknya, pejuang bahasa kena lebih menonjol selepas ini, tidak boleh lagi mengamalkan "low profile", supaya bila tercetus sesuatu (seperti penentangan PPSMI ini) orgramai tak kata selama ini pejuang bahasa tak buat kerja. Mungkin publisiti tak cukup. Bukan ke para wartawan tu sama kapal dgn tuan semua?

Bukan mempersoal tetapi sekadar memperingat. Salam hormat.

saleeh rahamad said...
This comment has been removed by the author.
HASMORA MASNURI said...

Salam tuan,

rasanya hati tuan akan luluh setelah membaca buku 'Jom Ke Pedalaman', tulisan seorang guru sains. Tulisannya ttg PPSMI meruntun hati.. tuan bayangkan beliau terpaksa terjemah dari bahasa inggeris ke bahasa Melayu dan ke bahasa Iban.. hah, 3 bahasa.. mmg PPSMI, tp I tu ialah bahasa iban.. alangkah guru lain di hulu ajar anak orang asli pun senasib saja rasanya..

sekadar berkongsi..

salam hormat.

dahirisaini said...

salam, terjumpa blog ni,
melawatinya selalu.

saleeh rahamad said...

sdr hasmora, derita kita orang kecil mana kan dilihat oleh orang besar yang duduk di kayangan. mereka enak dibuai awan-gemawan, orang kecil tersesat di dalam lumpur. inilah dosa pemimpin yang tak akan berampun. di mana boleh diperoleh buku itu?

dahiri,
salam. moga ketemu nanti. saya ke kuching 19 mac hingga 22 mac. bengkel cereka sains.

kak cik,
jarang perempuan nak berjuang fasal PPSMI. selamat menyertai perjuangan yang keras ini.

dahirisaini said...

salam, saya dah links blog ni kat blog saya. tq

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Semakin bertambah hits di laman tuan saleeh. baguih, teruskan mencatat ... dan menyakat!

HASMORA MASNURI said...

saya pun berusaha mendapatkan buku tersebut.. dgr2 ada junior yang jadi pengedarnya.. belum ketemu lagi orangnya.. di Pekan Buku UM tak pasti.. kalau dapat saya khabarkan tuan.. :)

HASMORA MASNURI said...

sebenarnya saya sempat baca masa ketua batch nak promosi.. tp senyap gitu je..tak sempat promosi.. tak sempat nak tempah pun..

Lily Haslina Nasir said...

Salam,
Tumpang lalu, tumpang baca...
Anak murid datang nak mengutip ilmu...

saleeh rahamad said...

terima kasih hasmora.

silakan lily.

tuan rozlan, bisnes kita tak berapa lancar. kurang promosi. makan sendiri lah nampaknya. tapi semalam dah kasi seorang teman yang nak mencuba.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tuan, teman nak cuba berpantun membalas laporan bisness kita. hehehe...

Bersalut emas sarungnya keris
Langkah berpencak menyusun jeda
Hamba berdagang bertemu waris
Untung memakai sudah berpada

p/s: sahabat2 pun nak merasa. :) hehee