Tuesday, June 30, 2009

royalti buku DBP

saya menerima surat pemberitahuan royalti yang saya terima untuk makalah saya yang diterbitkan dalam buku Kajian Bandingan Cerpen Sebelum Merdeka: Malaysia Indonesia Negara Brunei Darussalam. Royalti itu begii perkiraannya:
Kulit lembut
9 nask X RM30.00 X 8%=RM21.60 bahagi 6 karya= RM3.60

Tiada bayaran dibuat bagi tahun ini kerana jumlahnya kurang daripada RM20. Jumlah ini akan dikreditkan dalam perkiraan royalti akan datang.


Kulit keras

7 nask X RM35.00 X 8%=RM19.60 bahagi 6 karya =RM3.27
Royalti sehingga 2008 =RM28.93
Jumlah = RM32.20

Jumlahnya kurang daripada RM140.00, iaitu bayaran yang dibuat ketika buku terbit 2007.

Kesimpulannya saya tidak mendapat apa-apa daripada jualan buku bagi tahun 2008.

Nak menangis pun ada. bukan nangis kerana tak dapat duit tapi nangis kerana inilah rekod jualan buku DBP yang diurus oleh DAWAMA. Macam tak logik tapi itulah yang berlaku. Tidakkah ada perpustakaan universiti seluruh Malaysia mampu membeli tiga buah? Atau buku itu disorokkan di dalam stor DAWAMA?

Apa pendapat anda...perlukah saya ketawa? hahahahaha

15 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Terpandang tajuk entri di blogroll CelikHuruf, laju2 teman menyusup masuk, ingatkan boleh kecek2 minum kopi di warung di Bandar Tun Hussein. Huh!! Sadis...

dahirisaini said...

kongsi pengalaman...menulis cereka seperti saya lagi haprak....nak beli kenangan dri royalti buku/novel jgn harap le...sekarang nak brjinak menyanyi kot-kot dpt jadi penyanyi, tapi piching selalu out kta anak sulung sya so kena jadi penulis yg selalu mengemis jawabnya... buang kredit hp menagih simpati pada penerbitan, tapi jawabnya zero....hahaha ketawa sendiri mengenang nasib...alahai penulis di msia ni masih melukut...

saleeh rahamad said...

rozlan,
tak dapat royalti ni bukan dari DBP je, dari Utusan pun sama. dah bertahun saya claim royalti tapi satu sen tak pernah rasa. mungkin saya bukan spesies yang boleh senang dengan royalti kut. bukan tak da kawan kat utusan tu heheh.dah letihlah ..

dahiri,
lelaki susah nak cari duit dengan menulis novel cinta. novel serius lagi tak laku. buatlah cerita kanak-kanak lagi untung.

Sham al-Johori said...

Semalam membaca kisah nostalgia keluarga pak guru rasa terharu. Tapi hari ini, bila baca kisah pak guru pula... bukan setakad terharu tapi dah jadi huru hara.
Pak Zakir selalu kata, inilah realiti kapitalis.
Tunggu ajalah dgn sabar...

MKriza said...

Gila betul DBP. Banyak itu je royaltinya.
Saya menulis dengan syarikat penerbitan. Buku cerita kanak-kanak. 40 mukasurat saya dibayar RM500. Ada orang kata penulis macam saya ini penulis cap ayam. Tapi saya tak kisah. Saya cari rezeki.Walaupun buku saya tak ada di kedai,di DBP, sekurang-kurangnya ada di perpustakaan di Malaysia dan Singapura.

CucuOpah said...

Tuan,
Jangan biar ini berlarutan. Bawalah ketengah atau keatas. KP DBP baru ni nampak OK. Jelas DBP dan DAWAMA tak buat kerja. Mungkin silap terma perjanjian antara mereka. Ini jelas penganiayaan ke atas penulis. Buatlah sesuatu segera.

Mohd Ali Atan said...

MKriza..sy juga macam anda..tapi tak selumayan anda..bawah sikit...dan memang buku2 tu sampai ke Thai dna spore sekalipun..sabah sarawak..namun buat apa kalau dapat sekali sahaja?Walau syraikat itu laku keras promo semua itu masuk poket mereka..kalau depa untung 100k maka kita hanya berpuas hati 2-4 ratus sebuah buku kanak2 (fakta atau cerita). Dan paling seronok buku2 ini diterbitkan oleh syarikat CINA punya...dan buku2 depa terbit termasuk buku Iqra...jadi macam mana?Tak ada suatu ukuran standard yang dipertegaskan oleh undang2 bab royalti buku...cikgu shamsudin..bagaimana dgn kumpulan buku set perpustakaan yang diterbitkan Pusataka Ibunda itu?-akhirnya segala kemarah ditumpahkan ke atas kepala pemimpin yang mecincang bahasa pula!

Anonymous said...

Ini kerja bangang! Terbit buku tapi tak jual. Terbit buku tapi tak edar. Terbit buku tak nak promosi. Tak perlu promosi.

Edar kat perpustakaan IPTA dan IPG pun boleh laku. Kurang-kurang 100 buah.

Penulis menulis dalam lara...


Hamir Habeed Mohd

MARSLI N.O said...

Salam Sdr Saleeh. Saya sudah sejak lama meratap sendiri di dalam sunyi bila bertembung bab ini. Kalau kita bising dikata kurang ajar dan tidak kenang budi. Yang bermasalah rasa saya bab Dawama. Tetapi siapa di sebalik Dawama? Nampaknya ada nama tokoh yang mengaku budayawan, tetapi budayawan apa kalau tidak boleh tengok-tengokkan apa nasib pengarang dan pemasaran karya terbitan DBP?

Maaf kalau saya "mencarut" di sini.


Marsli N.O

saleeh rahamad said...

marsli, mencarutlah..tak mengapa. lagu meriah.
hameer,
banyak yang bangang tapi sekali gus menjadi naga yang menelan orang..jadilah naga bangang. bukan nak marah untuk diri saya tapi marah kerana nasib ini juga menimpa orang lain yang telah bersusah buat kerja tapi apa yang dia dapat? modal sikit punya banyak buat penyelidikan... saya tak emosional... bak kata sudin.

Nazmi Yaakub said...

saya cadangkan, kalau benar suatu hari nanti, pemanasan suhu global sampai mencairkan kutub utara atau selatan, lalu meningkatkan kandungan garam dalam laut, sekali gus meninggikan paras air laut dan mewujudkan ketidakseimbangan suhu hingga mewujudkan fenomena ribut taufan tsunami (apa2 pun sila rujuk filem The Day After Tomorrow), kita boleh berkubu di gudang buku itu kerana kita boleh bakar buku2 utk panaskan badan kita.

Nisah Haji Haron said...

Encik Saleeh,
Saya dah panjangkan entri ini ke Facebook. Benda ni memang kena selalu buat bising. Apabila jumpa orang Dawama - saya 'basuh' saja mereka tu tanpa belas kasihan. Di Utusan pun sama. Setiap kali hendak royalti kena hantar surat rasmi buat tuntutan. Memanglah penulis kerjanya menulis. Takkan kami juga nak kena tulis surat kepada jabatan akaunnya setiap kali?

Logiklah sikit!

Anonymous said...

Janganlah salahkan DBP. Macam mana DBP nak bayar royalti jika bukunya tak dijual dengan baik. DBP cuma menerbitkan, jualan dilaksanakan oleh orang bijak pandai di Dawama.
Tetapi kesalahan dan malunya semua DBP yang dapat....Kalau politik dah campur tangan, inilah jadinya...

saleeh rahamad said...

memang tak boleh nak salahkan dbp, terutama pegawai2nya yang dah banyak tolong kita. memang salahnya pada dawama dan orang dbp dulu yang merangka perjanjian dengan dawama. tapi pelik pula kerana yang menbguruskan bayaran royalti ialah dbp, bukan dawama. yang jual buku dawama, dan mengurus bayaran dbp. kenapa dbp mesti buang masa pegawainya untuk kira akaun sedangkan keuntungan milik dawama? KP kena tengok semua ni. jangan jadi ....tunduk pada dawama. dan siapa dalang di belakang kelir panggung dawama yang memainkan patung rawana, hanuman atau dita dewinya?

uhhh kena tanya rahimidin tok dalang muda pakai singlet. hahah

S.M. Zakir said...

tok dalang pun puas menyumpah dah, tak larat. pasal tulah pergi jadi pelakon, tak dapat royalti tak pa la, kurang-kurang dapat pelakonnya he he. kita juga la yang meleleh mencurah-curah. Amacam tuan aji Sham, kalu rahimidin berlakon lagi jangan lupa bawa mop. lap air liur kawan2...