Monday, June 15, 2009

seminar HISKI di Bandung

Ada seminar sastera HISKI di Bandung pada 5-7 Ogos ini. Saya berhasrat ke sana pada 4-8 Ogos untuk membentangkan kertas kerja. Kawan-kawan yang nak pergi cari buku bolehlah urus pemergian sendiri.

18 comments:

Pencinta Pantai Bersih said...

Seronoknya tuan selalu dapat melancong melihat negara orang ye..

sahrunizam said...

Jalan lupa ke Pasar Buku Palasari. Saya baru saja berkunjung ke sana 10 Jun yang lalu. Buku-bukunya benar- benar menggoda dompet dan rupiah.

saleeh rahamad said...

terima kasih sahrunizam.
saya baru bercadang nak pergi, itupun kalau diluluskanoleh majikan dan ada peruntukan. nak isi KPI kena bentang paper. itu je.

D'Rimba said...

Jauh merantau................

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Emm.. menarik juga,sebelum puasa yer. Nanti mau tgk2 kalender..kalau kena gaya boleh ikut serta. Tukang bawak beg ada nak pakai tak? :)

saleeh rahamad said...

rozlan, org dah ajak ni, jom je lah. esok org tak pergi, baru sibuk ngajak.
saya pun dah dapat jawapan daripada penganjur seminar dan abstrak diterima untuk dibentangkan. Hanay 60 kertas akadibentangkan daripada 120 yang diterima sebagai kertas seminar yang terpilih daripada 200 permohonan. ada empat lima orang dari malaysia akan pergi juga. tapi mereka masing-masing punya urusan, pergi sendirian.
pak zakir, pak sudin, saifulizan tu, entah nak ikut ke tak. esok dah dekat baru kocoh kacah . masa tu tiket pun dah naik.

S.M. Zakir said...

Jangan gitu pak, tengok2 le tiket murah. Dok tengah ada duit hadiah ni, boleh le diceploskan sikit.

Bisa pak. Jangan lupa teman sepenaklukan pak.

saleeh rahamad said...

haha, baru nak pesan supaya dijimatkan dui hadiah tu.

D'Rimba said...

Terasa malam ini muka saya diludah-ludah dari pentas utama...Huhuhu...PELUDAH BAHASA ada hati mahu jilat balik setelah meludah....Hohoho..Kebahagiaan saya malam ini amat memuncak sekali bukan kepalang.

Anonymous said...

Bunyinya macam menarik.
Tapi nak kena semak jadual
kelas/pembentangan dengan penyelia.

Hamir Habeed Mohd

saleeh rahamad said...

d' rimba kenapa? saya buat salah ke?

saleeh rahamad said...

hameer,

kalau nak berjalan, pejam mata..jom je. bukan senang saya keluar tahun ni. kerja tak siap.(samalah nasib kita..kerja tak siap) sesekali lepas macam ni, kalau nak ikut jom.tapi kalau nak tumpu tesis...buatlah.

S.M. Zakir said...

bukan buat salah pak saleeh, kita tak dengar samad said baca puisi hentam mahathir depan mata sebab sibuk beratur ke belakang. Pak Samad kata Mahathir 'Peludah Bahasa' depan di tua kutuk tu. Mahathir yang bebal tak tau malu diam buat bodo saja. lagi mau kata Melayu itu melayu ini, dialah bapak segala pemusnah Melayu. Kutuk punya Mahathir. Sedang kumpula bahan nak tulis buku 'Keterkutukan Mahathirisme'.

saleeh rahamad said...

ooh gitu...rugi tak tengok

sahrunizam said...

Tuan Zakir dan En Salleh,

Memang kita manusia yang sangat rugi pada malam tu. Bukan senang nak tengok secara langsung Pak Samad 'belasah' Mahathir dan yang pastinya tiada ulang siaran dalam Astro. Sayapun tahu setelah diberitahu oleh seseorang. Hidup Pak Samad!

Nisah Haji Haron said...

Tak adakah orang perempuan yang pergi sama? Teringin benar hendak melihat Gunung Tangkuban Perahu yang pernah saya tulis dalam Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus! - Boleh numpang sekaki macam ke Riau. Pergi sekali, acara asing-asing.

saleeh rahamad said...

nisah,
apa salahnya pergi. ramai juga pensyarah lain perempuan yang pergi dari um ada upm ada. ikut je.dan memang urusan sendirian berhad.saya bukan pakai rombongan.kalau nak maklumat lanjut tanyalah nanti. zakir dan sudin dah saya belikan tiket... guna kad kredit saya kena byaran perkhidmatan RM15 hahha

Nisah Haji Haron said...

Encik Saleeh,
Sekadar hendak memaklumkan yang saya tidak dapat turut serta ke Bandung pada kali ini. Insya-Allah, jika ada kesempatan lain, barangkali saya akan ke sana jua. Terima kasih kerana menguar-uarkan di sini. Akan saya ikuti perkembangan sarjana-sarjana sastera dan mengambil bahagian pada ketika yang wajar kelak.