Khabar yang saya terima daripada Safrullah Sanre dari Makasar yang sering Kuala Lumpur, penyair WS Rendra sedang sakit dan dirawat di hospital di Jakarta, tidak jauh dari bandara (lupa saya akan nama hospital itu). Sesiapa yang mahu menziarahi eloklah berbuat demikian, katanya lagi. Saya tidak rapat dengan Rendra tetapi puisinya yang mendobrak kultus orang politik begitu berkesan di hati saya. Dia penyair rakyat dan rakyat mengangkatnya tanpa sebarang balasan atau janji seperti yang diberikan oleh orang politik. Begitu saja.
Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan, Rendra pernah diundang untuk membaca puisi di pejabatnya. Mungkin Anwar sudah menghantar wakilnya untuk menziarahi Rendra. Wallahualam.
Baru tadi berjumpa dengan Safrullah di DBP Johor Bahru dan dia memaklumkan nama hospital itu ospital Mitra Keluarga, Kelapa Gading, Jakarta Timur. Jani Safrullah hendakmemberikan nombor telefon isteri Rendra belum ditunaikannya tapi dia berharap PENAakan menghantar orang melawat Rendra kerana Rendra peernah akrab dengan PENA. Saya tidak taulah sejauh mana akrabnya dengan orang terdahulu, dan mungkin dia hanya akrab dengan generasi awal PENA sebagaimana Cak Nun (Emha Ainun Najib) baik dengan Dato Baha. Tapi kalau ada masa nanti kami akan meluncur sebentar ke Jakarta dari Bandung dengan menaiki keretapi. Tengoklah apa kata Zakir dan Samsudin pada 6 atau 7 Ogos.
Betullah kata kawan saya Zainal Jais, keuzuran orang lain semakin menjentik rasa takut akan kematian kita sendiri. Ini peringatan yang perlu sentiasa disuburkan dalam kalbu. Bukan hanya Zainal,malah saya sendiri kehilangan beberapa orang penting dalam hidup saya baru-baru ini.
Memang kehilangan orang tersayang begitu menyedihkan tetapi ajal sudat tersurat. Maka, lebih baiklah saya mengingati kesedihan yang menimpa hati disebabkan kematian semangat sayangkan bangsa (dan agama tentunya) dalamkalangan orang Melayu Muslim di negara ini sehingga gagal mengenal yang tebu yang mana teberau, yang mana lembu yang mana kerbau. Masih ramai yang buta hati apabila cuba berhujah dengan kejahilan untuk mengembalikan PPSMI ke dalam sistem pendidikan di sekolah. Cukuplah dengan cabaran yang kita terima daripada rakyat bukan Melayu di negara ini; janganlah pula Melayu menghina Melayu dan pusaka bahasanya sendiri.
2 comments:
Semalam aku mimpi berpaut pada sebilah besi tajam terbang melihat ke bawah puluhan ribu meter, sangat gayat tapi aku rasa sangat berani. Kita, manusia, selalu lupa setiap detik, setiap insiden yang kita tempoh menghampirkan kita kepada mati. Sesibuk mana pun kita, sehebat dan sebesar mana pun kedudukan kita, jasad, tugas dan peranan, atau kehebatan kita berhenti di situ. Beberapa tahun lepas aku kehilangan 7 orang keluarga terdekat, sehingga aku fikir akukah yang kelapan pada tahun ini? Kadang-kadang aku takut. Kadang-kadang aku berani..tapi kita sebenarnya kena bersedia. Sampai sekarang bila aku dengar keluarga atau kawan atau kenalan sakit, hati aku berdebar...tentang kehilangan seterusnya yang akan aku hadapi...
Yang hang sebut nama anwar tu... aku rasa sebut nama orang lain pun tak apa kot.
he he.. sebabnya anwar je yang ajak rendra datang sini daripada kalanbgan orang politik. orang lain mungkin tak kenal rendra. aku tak pedulilah apa pun pegangan politik dia, tapi masa dia dulu sastera terangkat. masa mahathir sastera jatuh dan makin jatuh. sekarang tak tentu hala dah.
Post a Comment