Sunday, July 26, 2009

sekolah vernakular: perlukah lagi?




Seorang pelajar saya berbangsa Cina hanya mampu bertutur dalam bahasa Melayu yang masih pekat telor kecinaan atau basahan/ pasar/pidgin. Ini sangat menggusarkan kerana setelah lebih 50 tahun merdeka masih ada generasi muda begitu. Katanya, semasa dia bersekolah Cina (vernakular) di peringkat rendah dia jarang-jarang bergaul dengan orang melayu dan alamnya tertutup di bawah serkup komuniti Cina. Walaupun ada guru Bahasa Melayu di sekolahnya, dia seolah-olah berhadapan dengan orang asing, dan oleh itu, pengalamannya bergaul dengan orang Melayu berbahasa Melayu sangat kerdil. Setelah dia memasuki sekolah menengah barulah dia bertemu dan bergaul dengan orang Melayu dan dapat menuturkan bahasa Melayu secara hidup, bukan setakat untuk pelajaran dan peperiksaan. Berbekalkan kegigihannya dia berjaya juga memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Melayu dan masuk ke universiti tempatan. Saya menyambung pengajaran bahasa Melayu kepadanya. Dan dia tampak gigih belajar walaupun saya gusar dengan pertuturannya yang tidak ubah seperti orang Cina yang saya temui di kampung semasa kecil atau di kedai sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan bandar-bandar selain Kota Bharu dan Kedah.
Mujurlah pelajar saya dan yang seangkatan dengannya berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah untuk bergaul dengan orang Melayu dan memahami adat dan adab Melayu. Dengan beransur-ansur mereka akan menjadi lebih fasih daripada ibu bapa mereka.
Apakah yang terjadi pada pelajar sekolah vernakular, baik Cina mahupun India, yang tidak berjaya memasuki sekolah menengah kebangsaan? Mereka akan terus bekerja dan berada dalam komuniti masing-masing, mendepani masyarakat yang berbilang bangsa dan orang Melayu khususnya dengan mata yang sudah diagendakan secara terhad. Bagaimanakah pandangan mereka terhadap orang Melayu dan bahasa Melayu? Mungkinkah semuanya berpusatkan ekonomi dan semuanya bersifat pragmatik? Berapa ramai yang berada dalam kelompok demikian?
Jika berterusan demikian,tercapaikah 1Malaysia?
Jadi, apakah usaha kerajaan untuk melimpasi arus kekalutan ini?
Budaya bangsa yang pelbagai di negara ini memang unik dan wajar dimanfaatkan tetapi penyatuan bangsa kepada satu corak teras mesti dilakukan. Oleh itu, alangkah baik kalau semua pelajar diberi peluang mempelajari bahasa yang pelbagai di negara ini tetapi lebih baik lagi semua orang diarahkan kepada satu jalur utama sejak prasekolah lagi. Jadikan sekolah kebangsaan sebagai kewajipan manakala bahasa-bahasa lain diajarkan juga secara meluas kepada semua anak kita. Kesatuan dalam kepelbagaian bukanlah hanya slogan. 1Malaysia juga bukan hanya slogan. Pengisiannya perlu tegas.
Konsep kebudayaan kebangsaan perlu diterapkan dalam pemikiran generasi muda. Begitu juga konsep dan falsafah bahasa kebangsaan.
Pertanyaan asasi: Perlukah kita kekalkan sekolah vernakular lagi? Lebih parah apabila kita terpaksa menegkalkan sekolah vernakular yang hanya mempunyai seorang pelajar dan gurunya lima orang. Rasanya tidak ada negara lain yang begini tinggi toleransinya. Aha..memanglah kerana hanya ada 1 Malaysia!

Tapi kawan saya, juga pernah mengalami perkara yang serupa. Disebabkan dia hidup dalam komuniti Jawa di Sabak Bernam dia tidak fasih berbahasa Melayu sebelum memasuki sekolah menengah. Dia hanya tahu berbahasa Jawa. Mujur juga dia memasuki sekolah menengah. Jika tidak tidak, adakah dia dianggap Melayu? Tetapi rakan saya Dr Lim Kim Hui yang berasal dari Kedah sangat bahasa Melayu Kedah mahupun baku kerana beliau belajar di sekolah Melayu. Malahan beliau menyiapkan tesis PhDnya di Universiti Hamburg Jerman tentang peribahasa Melayu. Saya terkesan apabila membaca blog En. Khair Ngadiron, Ketua Eksekutif ITNM sebentar tadi tentang bahasa jiwa bangsa dan bahasa orang Jawa.

9 comments:

benuasuluk said...

Alah Ayah Leeh ni, suka buat orang marah. Saya baru nak sokong semangat slogan. bukan 1malaysia. Slogan bangsamalaysiabahasaamalaysia. Bolehke? Ke dah tak boleh? Alah bolehlah...

Sham al-Johori said...

Hayaaa,
Ipoh mali, kincing tak ade bunnnyi maaaa.
Masya-Allah tuan guru. Yg merdeka hanya orang UMNO aja.

Unknown said...

Tuan Saleeh,
Izinkan saya menceritakan pengalaman saya ketika di Kedai Wahab di Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk membeli pakaian seragam kadet remaja anak saya:-

Ibu berbangsa Cina berumur 40 tahun agak saya: "Lu bagi itu topi misi untuk ini."

(Sambil menuding jari kepada anaknya yang berumur 10 tahun saya kira. Penjual serahkan apa yang diminta)

Ibu : Ini apa bikin pakai?

Penjual berkata kepada anak: Nanti adik tanya pada cikgu macamana mahu pakai. Saya tak reti nak klip macamana.

Budak : Wa.... malayu tatau.

(Saya yang lihat dia terkebil-kebil, menyampuk)

Saya : You ask your teacher how to put it on.

Budak : English..no no.

Saya : Hai, duduk dan belajar di Malaysia, Bahasa Malaysia pun tak boleh guna. Puan sudah berapa lama duduk sini?

Ibu : Wa sini lahir la. Tapi lia sekola Cina. English sama Malayu tatau.. Wa sikit-sikit boleh... (Sambil tersengih)

Saya hanya menggelengkan kepala dan mengeluh.

Inilah sistem pendidikan di Malaysia ini. Hanya membentuk perpaduan rapuh..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Lebih baik layan lagu M Daud Kilai versi Inggeris (Oleh Saleh Yaakob);

Everybody crazy gamble ... My father married againnnn ....

Ulang...ulang..ulang!

MKriza said...

Apa kata kita perkenalkan semula dasar seperti yang dikemukakan dalam Laporan Barnes 1950 yang mencadangkan semua sekolah vernakular dibubarkan dan diwujudkan satu sekolah kebangsaan sahaja.

S.M. Zakir said...

ya pak, serius menulis blog sekarang. waduh bisa kalah kadir jasin dan che det ni.

1Malaysia sukar untuk berjaya sebab realiti masyarakat kita ialah kita membina masyarakat yang disebut sebagai parallel society. Hidup bersama tetapi tidak hidup bersama, hanya sejajar tetapi masing-masing hidup dalam dunia masing-masing. Sekolah vernakular adalah satu dari ciri parallel society.

Luqman Hakim QA said...

Bumiputera Sarawak sekolah kebangsaan, tp memilih berkomunikasi guna BI dan bahasa Melayu sarawak. Jadi apa macam tuan?

Rahimidin Z said...

Pekan Peringat dekat kampung saya semua orang Cina namanya dah jadi Melayu - Mamat Pak Tong, Mek Ngauw, Dollah, Awe dan macam-macam nama. Masa tinggal di Kuantan, saya ada jiran (Nyonya) yang baik, apabila hujan kalau kami tiada di rumah semua kain di sidaian akan diangkatnya. Cuma bahasanya saya selalu tergelak, "Anak Cikgu manyak jahat, malam-malam nangis." Nampaknya 1Malaysia ada di Kelantan dan Kedah.

Anonymous said...

the useful thoughts u provided do help the investigation for our group, appreaciate that.

- Lucas