Saturday, August 8, 2009

Beginilah hidup dan kehidupan


Dua foto ini fragmen kehidupan insan seni di jalanan kota Bandung. Mereka hebat kerana tidak mencari populariti dan tidak menjual diri tetapi menjual bakat alam. Jika kita sanggup membayar untuk tiket konsert yang beratus-ratus ringgit, kenapa kepada insan pinggiran ini kita anggap pengacau? Hanya kerana mereka miskin? dan kotor? Siapa lebih kotor, antara artis yang bergelumang dengan lumpur hitam untuk naik dan kekal popular dengan insan begini. Sekurang-kurangnya mereka lebih jujur memperlihatkan sosok diri sebenar, tidak seperti artis yang menampilkan kepalsuan semata-mata.






Hidup Adalah Sepotong Ayat

Hidup adalah sepotong ayat:
bermula dengan kesenyapan
berakhir dengan kesenyapan.

Di tengah-tengahnya
kita belajar mengatur nada
kita mengenal makna kata
--yang semantik dan yang pragmatik
tidak membawa erti yang sama.

Terlalu panjang kita berkata
tak terfikir tanda baca
di mana mengambil nafas
di mana menandakan keras.

Kita sering keliru
antara kata yang diujarkan
dengan makna yang dimaksudkan
kerana lidah tidak sering
menyetujui hati
dan hati tidak mahu
membinasakan lidah.

Kita terlalu berharap
orang mentafsir
kata yang samar
tapi mereka sering tersasar
dan faham menjadi semakin liar.

Pertemuan yang panjang
kata yang berbayang
ayat yang berpancang
hanya mengatur
makna yang gersang.

Daripada berkata
yang bersilang
lebih baik aku senyap
kerana itulah permulaan
kerana itulah pengakhiran.


1997—1998

10 comments:

zainal mohd jais said...

Sahabat,

Beza antara seorang yang di poketnya ada 10 sen, dengan RM10billion, di mata manusia, hanyalah sehelai baju, di mata Tuhan - seketul daging.
Jadi, jangan keluh kesah kalau sedang susah, jangan hilang pedoman jika sedang senang.

Rezeki adalah sesuatu yang luarbiasa yang datang dari Tuhan.
Jangan fikir mustahil yang tuan seorang pensyarah bergaji RM5,000,
bulan depan boleh jadi jutawan.
Dan jangan ingat seorang yang hari ini jutawan, esoknya dia merayau ditepi lebuhraya membimbit plastik beg.

Yang penting cuma perjalanan akhir yang tenang.
Wallahua'alam.

S.M. Zakir said...

kehidupan tidak sebenar kata-kata...

Sham al-Johori said...

SENI ADALAM ALAMI
DAN ALAMI ADALAH KITA

Helen said...
This comment has been removed by the author.
BZ said...

Bagus selalu mengingat mati
supaya bangsa kita berjuang
sekali berjuang selamanya terbilang.
Mati cuma sekali;
hidup banyak hari
seperti lipas di tandas
merayap dan melata
dalam najis dunia.

N.Faizal-Sukma Pujangga Kecil- said...

Menarik.!

Sham al-Johori said...

Dialgo Pak Mustar,
Sudinnnn, angkat kain di jemuran. Hari nak hujan.
Hehehe.

Luqman Hakim QA said...

Huh! suara sang moralis

Pencinta Pantai Bersih said...

Nampaknya, perjuangan anti PPSMI tidak boleh berhenti, mesti diteruskan sehingga betul2 PPSMI dimansuhkan. Pengumuman permansuhan hanya penyedap hati semata-mata.

Hapuskan PPSMI.

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd(GEM) - www.goldenswiftlet.blogspot.com said...

Salam, Jemput Tn Rumah ke GEM Community ( DIrektori/Forum Perniagaan, Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) - http://gem.socialgo.com