Thursday, August 20, 2009

senandika di balik wajah

senandika di balik wajah


aku sampai ke titik kosong
tanpa bunyi tanpa rupa
tanpa warna tanpa nada
aku bermukim di ruang kosong

aku enggan berkata
mendengar tidak juga
biarlah suaraku terbenam
di dasar kalbu
suara teman berapungan
mencari rongga lain
aku enggan berkata
mendengar tidak juga

sesekali aku hanya melayan kalbu
mencari istirahat
bannyak lagi kata belum ditafsir
banyak lagi ayat belum kuukir

sesekali biar aku bersepi
mendaki gunung tafsir
menyelam laut fikir

6 comments:

S.M. Zakir said...

kabur kabur sajak kabur... tak boleh terbit

maryam khalilah said...

ini sajak bisik,untuk diri sendiri je, zakir. memang tak boleh siar, tak boleh nak membangun ummah pun.

Sham al-Johori said...

Pak Zakir,
sajak itu khas untuk "kak Zah" aja. itu sebab kabur. Malah bukan kabur lagi tapi dah jatuh ke tahap confused...confused...confused.

Ana kelirulah pak dosen? Sajak ni dah melangkaui tahap 'menongkat'.

makan boleh sebarang makan tapi Sajak jangan sebarang sajak.

Hehehe. sajak takah 14 ni.

saleeh rahamad said...

hik hik,

Hasbullah Mohamed Rahman said...

bicara dalam ni.. dewasa sungguh..bahaya untuk budak2 blog nih.. hehe

Helen said...

Iskh korang ni... Tuan Saleeh ni tgh fening nak buat tesisnya tu lah... membaca banyak dah, tapi tak tulis2 lagi, tak terzahir lagi.. betul tak Tuan Saleeh?