Wednesday, September 2, 2009

derma dan sedekah

Sepanjang Ramadan ada saja ustaz yang datang memberi tazkirah di samping meminta sumbangan untuk pembangunan, anak yatim dan sebagainya di tempat mereka. Malah inti ceramah kadang-kadang dihilangkan oleh penekanan keterlaluan pada akhir tazkirah tentang kebaikan bersedekah. Betullah kata ustaz itu, tetapi kenapa sampai begitu sekali di Malaysia ni? Kenapa budaya minta sedekah terlalu kuat? Ustaz yang berbuat demikian termasuklah wakil rakyat yang katanya untuk membangunkan ummah di kawasan mereka. Terlalu kabur konsep membangunkan ummah. Kenapa wakil rakyat pun minta sedekah? Mereka akan jawab bahawa kerajaan pusat tidak memberikan peruntukan yang sepatutnya kepada mereka. Betul juga kut dakwaan itu. Tapi gambaran ini sangat tidak menyenangkan, seolah-olah Islam hanya boleh dibangunkan dengan minta sedekah. Tidaklah saya menyalahkan mereka yang berbuat demikian, cuma yang merungsingkan saya, inikah keadaan umat Islam sampai sekarang? Kenapa begitu daif umat Islam? Bagaimana penglibatan mereka dalam perniagaan atau penjanaan sendiri?
Jangan sesiapa salah anggap pertanyaan saya ini. Bersedekah sangat baik tetapi dalam Islam dikatakan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Bersedekah baik tetapi meminta sedekah rasanya kurang mulia.
Kalau benar kerajaan pusat tidak adil, amat malanglah kita.

6 comments:

MKriza said...

Betul kata tuan,
Setiap kali tazkirah selang di antara solat taraweh, pasti penceramah akan bercerita tentang sedekah. Maka, sejadah akan dihampar dibelakang saf.
Apa-apapun bersedekah baik untuk simpanan akhirat. Kalau tak banyak, berilah walaupun sedikit.

NASSURY IBRAHIM said...

Karangan tadok perenggan. Dulu mahaguru ajar buat karangan mesti ada perenggan.

Sham al-Johori said...

woi nassury, gedebeh mu. sampai catatan dlm blog tok guru pun mu nak komen... gile betullah mu ni.

hehehe.

lepas ni mu kena jaga sb tok guru nak minta sedekah kat mu. dengar cerita mu dah jadi tauke pokok gharu.

(ok. aku tulis 3 perenggan. mu jgn komen aku lak)

zura halid said...

Hal ini nampaknya sudah menjadi trend setiap Ramadan. Yang wajib hanya zakat. sedekah atau derma sekadar menampung pahala tambahan (itu pun bergantung pd niat...).

Kata org cerdik pandai...JANGAN SUKA MEMINTA-MINTA, KELAK DIRI AKAN DIHINA.

Rahimidin Z said...

Saya setuju sangat dengan apa yang tuan tuliskan. Selain dalam takzirah di surau dan masjid, nak minum malam pun susah - hampir kat mana-mana sahaja di KL akan adalah yang datang minta sedekah. Sejak saya sekolah menengah di Kelantan, sampai dah tua(?)dan menetap di KL, satu pak cik tu asyik saya jumpa minta sedekah nak bina masjid kat Greenwood. Dah lebih 20 tahun, masjid tu tak siap-siap kot.

zainal mohd jais said...

Kalau pandu kereta sambil mabuk, langgar pokok tepi jalan, jangan cari salah siapa yang tanam atau benarkan pokok tu ditanam di situ...
Lebih baik kita kurangkan sikit benda-benda yang merangsang persepsi tak baik bulan-bulan puasa ni... selamat raya bang...