Thursday, January 7, 2010

ALLAH jadi medan tawar-menawar

Salam kepada semua yang beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Berhati-hatilah kita apabila membaca buku terbitan penerbit di Indonesia yang banyak terjual di toko Gramedia mahupun Gunung Mulia dekat Kwitang, malah dikedai-kedai buku lain. Perkataan "iman" dan "Allah" digunakan untuk diayah Kristian. Membaca buku itu tanpa betul-betul melihat kandungannya akan menyebabkan kita terfana. Inilah kejayaan mereka meliberalkan pemikiran sebahagian orang Indonesia.

Sekarang gerakan Kristianiti sudah berjaya memporak-perandakan umat Islam di Malaysia. Sesama kita yang masing-masing berada dalam fikrah Islam dengan pelbagai fahaman dan aliran politiknya sudah berbantahan. Masing-masing mengaku ada autoriti dan saling menyanggah pendapat saudara seagama. Puncanya untuk membela golongan Kristian. Padahal orang Kristian di Malaysia selama ini pun tidak teraniaya dan tertindas tanpa menggunakan nama Allah. Mereka tetap berjaya ke gereja saban Ahad dan menyambut Krismas dengan meriahnya sehingga lagu Jinggle Bell sudah jadi lagu rakyat. Selama ini pun mereka sudah berjaya menakluk orang Melayu masuk ke dalam gereja mereka dan menjalani upcara pembaptisan. Gereja di PJ sudah jadi tempat masyhur kegiatan itu. Tiba-tiba mereka terjumpa satu jalan untuk memecahkan umat Islam, lalu beriya-iyalah mereka memperjuangkan penggunaan nama Allah, seolah-olah mereka juga mengaku keesaan Allah.

Sekarang nama Allah sudah menjadi medan tawar-menawar (site of negotiation) antara orang politik yang pragmatik (Lutfi dah mengamuk dalam blognya). Kononnya mereka mengakui ketuhanan Allah dan oleh itu perlu diberi kebenaran menggunakan nama itu, sedangkan hakikatnya mereka tidak mengakui keesaan Allah. Dalam agaam Kristian mereka akan kaat Allah ada anak yang bernama Jesus. Tidakkah dayus kita kalau kita membenarkan discourse ini?

Eloklah kita buat demonstrasi menentang agenda Kristian itu. Kalau tak buat bantahan, nanti Hakim kata orang Islam tak marah pun. Sekarang kita tunjukkan kemarahan kita dan bantahan kita supaay dalam penghakiman nanti gerakan ini akan menjadi alasan Hakim untuk menolak permintaan Herald dan seterusnya yang lain-lain.

Agenda mereka ini mesti dibanteras. Tidak ada dalam Perlembagaan menyatakan bahawa Kristian boleh menggunakan nama Allah. Bukankah alasan ini wajar dibangkitkan untuk melawan alasan mereka bahawa kebebasan ada pada mereka untuk menggunakan nama Allah.

Ingatlah wahai orang politik, termasuklah agamawannya seperti Mohd Nur Manuty, Khalid Samad dll: Jangan terperangkap dalam agenda Kristian sampai kita berpecah-belah. Anwar Ibrahim juga sudah perlu ditinggalkan kerana tidak lagi dapat menjadi pendukung aspirasi kita selagi dia tidak kembali ke jalan yang benar.

6 comments:

edolah said...

...tapi tuan... menolak dan membelakangkan hukum dan peraturan Allah (walau apa sahaja alasannya selagi mengaku muslim) sedangkan sudah hampir 50 tahun lebih memegang tampok kuasa adalah suatu dosa besar yang tidak terbayar...

lutfi said...

Salam sahabatku Edolah.

Jadi apa jaminannya, jika PR memegang pemerintahan di Malaysia selepas ini, mereka akan melaksanakan hukum dan peraturan Allah, sedangkan semua orang tahu, keadilan parti liberal, dan dap sangup mati daripada diperkenalkan hukum Islam. Malah, kalau boleh mereka, mahkamah syariah yang ada sekarang pun nak dihapuskan.
Dalam konteks politik semasa, saya tidak melihat ada keuntungannya kepada Melayu Islam.

Tindakan PAS bersekongkol dengan DAP dan Keadilan sama sahaja dengan tindakan berkerjasama dengan kumpulan samseng. Tiba masanya, mereka akan dilontar keluar, setelah DAP dan Keadilan mempunyai cukup kekuatan jika berjaya memujuk MIC dan MCA menyertai mereka. Atau, PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat jika DAP dan KEadilan berjaya menjadikan PAS samseng, atau meliberalkan PAS. Jika tak, nanti, PAS akan ditendang, dan selepas itu, mungkin akan diharamkan dek propaganda yang akan menyatakan PAS sebuah parti fundamentalis, ekstremis, memperjuangkan negara Islam dll. Percayalah, hal ini akan berlaku jika PAS tidak cepat sedar diri.

Sama ada PAkatan Rakyat berjaya mengambil alih Malaysia bukanlah isu besar. Kerana kenyataannya jelas, selagi umat Islam tidak boleh bersatu di Malaysia, selagi pemerintahan yang ada tetap sekular, malah mungkin lebih teruk apabila terasnya liberal.

Tentang kalimah Allah, mungkin kita boleh tanya, apa jaminannya mereka akan menggunakan kalimah 'Allah' berdasarkan panduan yang diberikan nanti? Tak ada. Tak ada jaminan.

Jadi, mengapa kita perlu bertaruh?

edolah said...

salam sdr lut...sdr mengatakan 'selagi umat Islam (dibaca 'melayu' di negara 1malaysia) tidak boleh bersatu'..parti mana yg suka melihat perpecahan d kalangan bangsa (kunun memperjuang bangsa melayu)?..dengan melalaikan pemikiran anak-anak muda dgn budaya hedonisme utk terus kekal memerintah...
Non-Muslim takut kpd hukum Islam sbb dimomok dgn hudud dan model penipuan oleh media-media balachi ameno..
jadi apa jaminan tuan...apakah selesa utk terus kekal spt skg?

Sham al-Johori said...

Tuan-tuan,
Inilah akibatnya jika kita melihat dengan nafsu amarah tidak mata insan kamil. Masalah pokok ialah ketauhidan kita yang diikat oleh ilmu yakin. Jika hakikat insan kamil mendasari fakulti ilmu dan hati budi, makanya kalimah ALLAH itu tidak akan tergugat. Politik dan siasah kepimpinan yg terlalu menyerah atas nama 'perpaduan' menyebabkan semuanya hancur.
Kita perlu menghayati maksud al-Quran yang menjelaskan "agamaku agamaku; agama kamu agama kamu."
Maksudnya anutan pelbagai agama tidak salah, yang salah ialah perkongsian agama. Jika ini tidak ditentang, saya bimbang nanti masjid atau gereja akan memiliki fungsi yang sama, iaitu hari jumaat digunakan untuk solat jumaat dan hari ahad untuk org kristian bersembahyang. Jika hari ini kita sanggup menerima perkongsian kalimah ALLAH, maka tunggulah kehancuran seterusnya.
Persoalan PAS diperalatkan oleh DAP dan PKR; hal yg sama juga berlaku di dlm BN yg skrg ini kita lihat MIC, MCA dan Gerakan sdg memperalatkan UMNO. Sama ada PR atau BN, yang penting ialah bagaimana rasa insaniah dan ketauhidan terhadap kecintaan Allah boleh dijelmakan oleh mereka. Hari ini pun kita dapat lihat, mereka masih bermain tarik tali; macam bermain layang-layang.
Ketakutan saya ialah Melayu-Islam akan kehilangan taring.

Saya sdg membaca buku 'Major Themes of the Quran' (terjemahan saya ialah 'Pesanan Agung Al-Quran'.Maaf jika saya salah terjemah sb penguasaan BI sy tak sehebat mana) karya Fazlur Rahman seorang profesor pemikiran Islam, Universiti Chicago. Dalam Bab 1 buku ini, dia menulis bahawa perkataan ALLAH disebut sebanyak 2500 kali di dalam al-Quran dan yang jelas sifatnya ialah kalimah ALLAH tidak boleh dikongsikan dgn agama-agama lain. Allah ialah ar-Rabb, Tuhan yang tidak menyerupai sesuatu yang baharu atau boleh dikongsi-kongsikan.

Maaf, saya bukan bijak pandai agama. Saya yg cetek ilmu tetap berprinsip bahawa Allah tidak menyerupai makhluknya kerana sifat-sifatnya yang ar-Rahman, ar-Rahim, Kamil dan maha Adil. Surah al-Ikhlas amat jelas menyokong pendapat ini.

Akhirnya, analogi saya tentang kepartian ialah harapkan dacing, dacing berat sebelah; harapkan roket(jet), enjin jet dah kena curi; harapkan mata, mata dah lebam; harapkan bulan, sekurang-kurangnya bulan muncul di malam hari (atas takdir Allah, bulan tetap bersinar walaupun kelam). Setiap kali hujung bulan dapat gaji. Org tak sebut pun hujung dacing atau hujung roket dapat gaji.

Saya dah loya bercakap tentang sekularisme, hedonisme, liberalisme, fundamentalisme, ekstrimis, atau kapitalisme. Rasanya lebih baik saya berfikir tentang 'alam roh' yg sedang menanti kehadiran saya.

Wauallahhuwalam, kerana inilah selemah-lemah iman saya (cakap lebih-lebih orang akan menebak siapa saya?; nak bom sana bom ini saya tidak punya wang untuk membeli kelengkapan itu. Akhirnya, saya hanya mampu berdoa dan mengakui bahawa inilah mutu iman saya).

saleeh rahamad said...

Rasanya kita perlu mendekati teori rasa insaniah. heheh.

anyss said...

Salam,
Saya pernah membeli buku-buku terbitan sebegini. Tajuknya tidak menampakkan apa2 kecurigaan. bila menelaahnya hampir satu bab, saya menyedari terdapat sedikit kelainan berdasarkan hujah tersebut dan dalilnya. Tilik punya tilek, akhirnya saya jumpa apa "lainya" buku itu berbanding buku-buku lain yang saya ada. Semua dalilnya bersandarkan Bible dengan menggunakan kalimah "Allah". Pembaca perlu berhati2 dengan pendekatan ini kerana kemungkinan untuk tergelincir itu sangat mudah. Moga2 dijauhkan.