Membaca keluhan dan rintihan teman-teman dalam blog masing-masing (Lutfi, Arif, Zakir, Rahimidin, Shamsudin, Marsli, dan Kekanda Abdillah SM) menjadikan saya semakin hilang dalam keriuhan. Sukar saya balas dan ulas pandangan mereka secara terbuka atas sebab tertentu, lalu rasanya elok saya kembalikan sajak ini untuk menjelaskan isi hati. Sajak ini sudah lama, lebih 10 tahun, tapi maknanya terhimbau sepanjang zaman.
Hidup Adalah Sepotong Ayat
Hidup adalah sepotong ayat:
bermula dengan kesenyapan
berakhir dengan kesenyapan.
Di tengah-tengahnya
kita belajar mengatur nada
kita mengenal makna kata
-yang semantik dan yang pragmatik
tidak membawa erti yang sama.
Terlalu panjang kita berkata
tak terfikir tanda baca
di mana mengambil nafas
di mana menandakan keras.
Kita sering keliru
antara kata yang diujarkan
dengan makna yang dimaksudkan
kerana lidah tidak sering
menyetujui hati
dan hati tidak mahu
membinasakan lidah.
Kita terlalu berharap
orang mentafsir
kata yang samar
tapi mereka sering tersasar
dan faham menjadi semakin liar.
Pertemuan yang panjang
kata yang berbayang
ayat yang berpancang
hanya mengatur
makna yang gersang.
Daripada berkata
yang bersilang
lebih baik aku senyap
kerana itulah permulaan
kerana itulah pengakhiran.
1997—1998
7 comments:
tuan minta emel tuan, boleh tak...
emel saya dahirisaini@yahoo.com tkasih
Sya amat suka dengan sajak ini!
Rasa macam penah dengar sajak...Dalam kuliah kalau tak silap..heheheeh..Sangat indah rupanya..
Pak syeikh, ana mak masukkumpulan penyair sufi, tak banyak cakap tapi banyak berfikir dan merasa.
acam Imam Shafie
Kata Lao Tze: people who speaks doesn't know; people knows doesn't speak.
Pada saya kata2 Lao Tze itu tak boleh diikut sepenuhnya. Kalau "people knows doesn't speak", habislah ilmu tak berkembang. Itu kedekut ilmu. Kan Tuan Dosen?
Sajak yang sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian di sini.
Dr. Saleeh
Saya baca sajak ni pertama kali dari buku yang dibeli daripada Haji Sham. Sedap sajak ni. Macam kahwin dua rasanya.
-anak murid Haji Sham
Post a Comment