Sunday, January 17, 2010

Kaedah rawatan diri

Ketika mengunjungi seorang pandai urut di pekarangan masjid Kajang saya diberi beberapa ilmu oleh ustaz tersebut. Kisahnya bermula apabila saya bertanya kepada beliau kalau-kalau ada orang yang pandai boleh membantu kawan saya yang sedang menderita kanser. Lalu dia bertanya maklumat tentang kawan saya itu. Kemudian dia seperti bertafakur dan cuba melihat dari jauh (pakai remote sensing kerohanian). Katanya dalam tubuh kawan saya itu masih ada saki baki makhluk halus yang merosakkan tubuhnya. Ustaz itu lalu memberi panduan rawatan dengan cara solat hajat dan katanya ilmu ini boleh disebarkan kepada orang lain. Oleh itu, saya hendak berkongsi ilmu ini kepada sesiapa sahaja yang mahu menerimanya.

Solat hajat perlu dilakukan sama ada selepas maghrib atau ketika qiamullail. Rakaat pertama selepas Fatihah baca ayat Kursi 3 kali dan rakaat kedua pun sama. Letak air di depan sejadh kita. Lepas solat, baca Fatihah 7 kali sambil mengenal pasti hajat kita. kemudian tiup pada air.
kemudian baca Qulhu 7 kali dan tiup pada air. Baca selawat 7 kali dan tiup pada air. baca ayat kursi 7 kali dan tiup pada air. Sampai pada ayat akhir (ayat kursi itu) ulang 7 kali pada setiap bacaan. kemudian ucap Ya Allah dalam senafas 3 kali. baca Ya Salam 160 kali dan tiup pada air. Air itu diberi minum dan disapu muka dan badan pesakit. Lepas itu baca doa: "Ya Allah aku mohon kepada Engkau segeralah sembuhkan dia daripada penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh (3 kali).
Yang penting yakin pada Allah. Jangan ada keraguan sikit pun pada kekuasaan Allah.
Wassalam

1 comment:

Sham al-Johori said...

Ya Allah, maha guruku dah jadi perawi rupa-rupanya. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan petua yang baik itu.
Amin.