Wednesday, January 27, 2010

Siapa Patut ternobat sebagai Sasterawan Negara

Selepas Anwar Ridhwan, siapakah yang layak dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN)?
Saya telah lama menanti Baha Zain terpilih tetapi nampaknya orang belum nampak sumbangan beliau dalam pemikiran sastera dan pemikiran budaya. Bukan sahaja dalam karya kreatif, malah dalam tulisan dan percakapannya pun sarat dengan idea yang baik-baik. Seorang lagi yang patut diperhatikan tentulah Azizi Haji Abdullah...dan Kemala juga. Entahlah, soal pilihan hanyalah kebenaran relatif, bukannya mutlak. jadi sesiapa sahaja yang dipilih sebagai panel akan berkuasa menentukan "kebenaran". Maka kita terima sahajalah nanti siapa yang akan terpilih. Mujur juga ada yang terpilih...jangan berulang lagi kita gersang dan tandus SN untuk beberapa tahun.

Semoga Ketua pengarah DBP akan semakin yakin menjalankan tugasnya dengan baik. Tentang prestasi beliau, saya tiada komen. Kalau ada yang merimaskan saya akan saya kemukakan kepadanya beliau secara terus. Saya lebih senang berdebat secara terbuka daripada mengkritik dari belakang tanpa mengetahui isi hatinya dan tanpa dia mengetahui isi hati kita. Malangnya selama ini dia dikelilingi oleh orang yang tidak berani berhujah untuk membahaskan keputusannya.

6 comments:

sayuti said...

slm saudara saleeh..

ya,saya pun ternantikan baha zain sebagai sasterawan negara yang seterusnya..Sekolah Anderson boleh tumpang bangga dengannya..

ha pelajar dari sekolah Chulan bila lagi??hehe

saleeh rahamad said...

Sayuti,
dari Anderson? atau Chulan?

sayuti said...

Saya dari Anderson..STPM 2008/2009..hehe

saleeh rahamad said...

Sayuti akan jadi pelapis sasterawan. insya-Allah. Kalau kenal baha Zain tandanya ada pengetahuan sastera yang baik. nak cari orang kenal artis memang ramai, tapai yang kenal sasterawan sangat sedikit.

sayuti said...

em itu la..kawan sekelas saya hanya kenal A.Samad Said..Itupun sebab popularitinya kot..Kenal bukan sebab karyanya..Kalau tanya keris Mas atau Arena Wati hah langsunglah mereka tidak kenal..Entah-entah Anugerah Sastera Negara yang baru lepas ni lagi la mereka tak ambil pusing..Buku dan karya sastera dalam perpustakaan Anderson tu sudah berhabuk dek tidak disentuh pelajar langsung..Saya rasa generasi saya ni langsung tidak menghargai sastera..Bukannya macam generasi lama yang saya kira sangat menghargai dan mencintai sastera..Subjek sastera untuk tingkatan 6 pun tidak ada di Anderson..Hanya subjek Bahasa Melayu sahaja..Semasa menyambut perayaan 100 tahun Anderson,saya tidak terlihat langsung nama Baha Zain dalam sumbangan bekas pelajar.Yang ada cuma nama Malim Ghozali PK..itupun hanya eceran sahaja..Betullah kata karyawan sastera bahawa sastera ni makin pupus..Dan ni terbukti pabila saya tengok dari generasi saya sendiri..Mereka lebih kenal dan lebih ambil tahu tentang artis dan membca tentng perkembangan dunia artis dari membaca karya atau buku sastera dan karya2 yang berilmu yang lebih membina dan mendidik..

sayuti said...

Kalau Baha Zain diangkat menjadi sasterwan negara entah Anderson hendak berbangga dengannya ataupun tidak..

Ohh sebelum terlupa saya tinggal di Kg.Ulu Chepor Tambahan..saudara Salleh tau tak??Chemor tu jiran Chepor..hehe