Saturday, March 27, 2010

Pesta Buku

1.Saya telah mengunjungi Pesta Buku sebanyak empat kali, sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Malahan saya pernah tidak pergi sekali pun kerana tidak berminat mencari apa-apa. Kali ini saya pergi atas beberapa sebab: membawa keluarga, mencari buku sendiriaan dengan bebas tanpa kekangan waktu orang lain, menemui kawan, menghadiri acara khas anjuran bersama PENA. Semakin kuat keinginan kita untuk menunaikan harapan orang, maka semakin berat rupanya tanggungjawab kita. Sekiranya kira tidak mempedulikan harapan orang, terasa ringan beban di bahu. Maka, terpulanglah pada diri sendiri sama ada hendak mempedulikan hal orang lain dan permintaan orang lain,atau menumpukan kehidupan sendiri yang eksklusif. Saya sukar menjadi manusia jenis kedua, dan sukarlah saya hendak berkata "tidak".

2. Melihat kesesakan dan sambutan hebat pengunjung di Pesta Buku saya mencari sebabnya. Kenapa begitu keadaannya? Pada tahun 80-an ketika saya mengunjungi Pesta Buku di Stadium Negara, keadaannya tidak sehebat sekarang. Apakah ini petanda kesedaran masyarakat terhadap ilmu sudah bertambah? Ada beberapa kesan saya peroleh melalui pemerhatian singkat ini:

i. Rata-rata pengunjungnya ialah orang Melayu termasuk dari sekolah agama. Bangsa lain terlalu sedikit. Kenapa?
ii. Peniaga bangsa lain mengaut keuntungan daripada pembeli Melayu dengan bijaknya. Gerai mereka dikunjungi orang Melayu; gerai Melayu dikunjungi orang Melayu.
iii. Beberapa penerbit Melayu telah menjadi gergasi dagang buku, tahniah (Karangkraf, PTS). Saya sempat bertemu dengan Haji Hushamuddin Yaacob, bekas majikan saya yang memiliki Karangkraf. Beliau masih seperti dulu, cergas dan low profile. Khabarnya Karangkraf sudah memasuki era Islamik selepas mereka mendampingi ESQ.
iv. Ramainya pengunjung pada setiap masa seolah-olah menunjukkan bahawa di Malaysia hanya sekali jualan buku. Benar, kita tidak memiliki tradisi kedai buku yang besar selain beberapa rangkaian kedai buku yang sangat terhad stok bukunya. Bilakah akan wujud satu tempat/kompleks jualan buku yang canggih dan menyediakan semua judul buku daripda setiap penerbit? Bilakah kota Buku akan diwujudkan? Atau itu hanya mimpi politik?

8 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Saleeh,
Bilakah pesta buku seumpama ini akan diadakan di Johor Bahru? Mungkin boleh gabungkan tiga negara iaitu Malaysia - Singapura - Indonesia, setidak-tidaknya ada buku terbaharu dari Gramedia atau penerbit dari Singapura.
Pesta buku ada juga sesekali di JB(sepanjang saya duduk JB sudah masuk tahun ke-10) tetapi mengecewakan kerana 80% bukunya hanya buku latihan sekolah dicampur dengan gerai jualan produk makanan / perlatan untuk 'buat orang @ pelajar jadi cerdik'.

saleeh rahamad said...
This comment has been removed by the author.
saleeh rahamad said...
This comment has been removed by the author.
saleeh rahamad said...

Sdr Rusdi, kalau mahu buku Indoensia kenalah pergi Pesta Buku di Jakarta bulan Julai ini.

MKriza said...

Benar sekali.
Pesta buku tidak menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Saya juga pelik dengan keadaan ini. Adakah bangsa lain tidak membaca buku? Atau pesta buku ini suasananya terlalu Melayu. Almaklumlah dibuat di PWTC.

NASSURY IBRAHIM said...

sayang, tak dapat nak p. Baguslah kalau makin ramai minat beli buku. Barangkali orang Malaysia sedang masuk era baru, era lebih berilmu. Selama ini kita dihancurlumatkan oleh minda politik.

Mawar said...

Dato,
ya saya juga menunggu janji Kota Buku oleh TPM di Shangri-La PJ, tahun lalu. masihkah kau ingat?

Siti Ezaleila said...

PBAKL memang banyak dikunjungi oleh bangsa Melayu. Bangsa lain, terutama Cina lebih tertumpu pada Pesta Buku Bookfest@Malaysia (anjuran The Mines) dan Pesta Buku Popular (anjuran kedai buku Popular)yang juga diadakan setiap tahun. Di sini buku lebih pelbagai bahasa.