Thursday, March 25, 2010

Wajah Laut



Wajah Laut

Sewaktu mentari membiaskan jelling paginya
wajah laut ditaburi warna perak kilau-berkilau
gerak angin mendenyutkan nadi ombak
seekor ikan terhenti hayatnya di paruh camar
perahu nelayan beroleng lembut ditimang maut
dipuput bayu dan ombak mendesah.

Pantai bagai pipi gadis
dan laut adalah kolam matanya
yang penuh rahsia.

1988

2 comments:

Anonymous said...

Wah, sangat sedap sekali sajak ini. Metaforanya sangat tulen.

[bekas pelajar]

wardah munirah said...

Erk, puisi ini muda satu tahun daripada saya. Mantapp.