Friday, December 19, 2008
ada saja orang yang menganggap pejuang bahasa hanya pandai berseminar dan tak berani berjumpa dengan menteri tentang isu PPSMI. sebenarnya pertemuan telah dilakukan dan suara telah disampaikan. soalnya mereka teteap dengan pendirian seolah-olah suara itu hanya suara kecil yang tak harus diberi perhatian. dan berapa kalilah mereka sanggup membuka pintu pertemuan dengan golongan "pengacau dan nasionalis sempit" ini? inilah hakikatnya. untuk melakukan demonstrasi bogel pun bukanlah tindakan yang cerdik. seminar telah diadakan beberapa kali tetapi berapa ramai orang awam yang mahu hadir? Mana ada seminar memperjuangkan bahasa tertutup kepada orang ramai? Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran orang ramai tetapi berapa ramai yang mahu meluangkan masa mengikuti seminar? inilah masalahnya. semua yang telah dilakukan tidak kelihatan kerana tidak diraikan dalam media massa sebagaimana kisah perkahwinan dan perceraian artis. Penting sangatkah cerita artis? sebenarnya tidak penting tetapi telah diprojeksikan sebagai begitu penting untuk memandu rakyat malaysia ke arah dunia fantasia, dunia fatamorgana, yang sebenarnya dunia petaka untuk bangsa kita. dan pemandunya juga bangsa kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jangan marah tuan dosen. Saya hanya mahukan para sasterawan dan cendiakawan sastera melakukan tindakan drastik sbb cara skrg tidak nampak kesannya. Demo bogel hanya satu ilusi kepada tindakan drastik yg lain. Yg nyata PPSMI menyalahi undang2. Maka tidak adakah yg berani membuat laporan polis dan menyaman kerajaan?
Post a Comment