Semalam dan hari ini ada Kongkres Kebudayaan Melayu ke-2 anjuran GAPENA dengan kerjasama Persatuan Sejarah, Kem. Perpaduan Kebudayaan dan kesenian, DBP. Walaupun sudah terlalu lewat siri kedua ini dilaksanakan,iaitu selepas 50 tahun (1958), sekurang-kurangnya sempat juga GAPENA mengambil alih tugas itu. Dulu Kongres ini dilakukan oleh pihak lain dan GAPENA belum wujud. Mungkin agaknya tiada sesiapa yang berani mengambil tanggungjawab itu kerana tidak mendapat izin daripada penganjur pertama maka tidaklah ada Kongres kebudayaan Melayu selama 50 tahun. Entah apa yang menggerakkan GAPENA menganjurkannya kali ini tidak diketahui. Kongres ini seperti sudah dipatenkan oleh satu-satu pihak. Eloklah GAPENA mengambil paten itu tetapi pastikan pelaksanaannya diteruskan secara berkala dan janganlah tertutup sangat dengan sikap narsisistik.
1. Memang pembentang kertas kerjanya bagus2. Ada juga selitan sekelumit orang baru tapi masih ramai dan majoritinya daripada AJK GAPENA. Malahan ada kawan yang menyifatkannya sebagai Kongres kebudayaan GAPENA.
Betullah ada beberapa nama disebut sebagai wakil institusi tempat kerjanya tapi semua orang tahu mereka ialah AJK GAPENA juga. Kenapa tidak dijemput orang lain yang daripada bidang berbeza. Banyak lagi tokoh lain yang belum popular di pentas GAPENA seperti tokoh undang-undang, ekonomi, pendidikan. Mungkin teguran saya salah. tapi entah kenapa saya terasa nak sampaikan juga demi kebaikan semua.
2. Kelihatan pesertanya masih lagi keluarga lama. Muka-muka lama yang sudah kita kenal akan kesetiaan mereka menghadiri majlis Gapena memenuhi ruang dewan. Ini kongres kebudayaan melayu yang sepatutnya dihadiri oleh sebanyak mungkin badan pembela melayu. Terkilan saya kerana tidak nampak kelibat pemimpin badan-badan pelajar Universiti yang menjadi pelapis kepada perjuangan memartabatkan Melayu. Alangkah manis kalau golongan ini diturutsertakan supaya mereka juga mendapat rangsangan untuk meneruskan perjuangan ini? Golongan inilah harapan kita, bukannya generasi lama yang sudah tidak ada kuasa apa-apa. Betullah bahawa generasi lama perlu hadir kerana itu juga terapi bagi mereka dan juga sebagai peangsang kepada generasi baru. Tapi kalau perangsang saja datang sedangkan yang nak dirangsangkan tiada apa gunanya? Pesara kerajaan yang datang, apalah kesannya kepada perjuangan kita? Untuk mereka bernostalgia? bertemu kawan?
lagipun, kalau majlis itu ada gabungan orang muda dengan orang lama, akan berserilah suasana dan semakin bersemangatlah orang lama akibat terangsang oleh kesegaran pucuk muda. itu kata kawan.
Mana dia Persatuan bahasa Melayu UM, PMUM, PKPIM, PMIUM, atau daripada universiti lain? Jemputlah mereka secara rasmi, bukan mengharapkan mereka datang dengan sendirinya melalui ajakan media yang juga sangat kecil iklannya. Teman saya daripada sebuah akhbar pun hanya tahu akan kongres ini sehari dua sebelum berlangsungnya. Nasib baik dia datang. Saya suka kalau berita kongres ini disiarkan secara hebat kerana ini bukti kita buat kerja. Tidaklah nanti orang kata kita tak buat apa-apa.
Kongres pertama dulu disertai oleh semua golongan dan bukannya milik satu pihak. Melayu dulu dan sekarang sama juga warna kulitnya.
Gapena perlu mengenal pasti generasi baru untuk digabungkan dalam semua programnya. janga didikotomikan antara orang baru dengan orang lama. Jangan hanya buat majlis khusus untuk orang muda tentang teknik penulisan sedangkan mereka juga perlu dibentuk menjadi pemimpin.
Mereka lebih bertenaga walaupun belum cukup pengalaman dan ilmu.
Ini cuma teguran, bukannya memburukkan sesiapa. harap jangan sesiapa daripada Gapena kecil hati. mereka pun kawan kita juga.
Ampun maaf kepada Tan Sri Ismail, guru-guru saya dan kawan-kawan.
Saya bercakap bagi pihak PENA dan badan kerabat GAPENA.
4 comments:
Tuan,
Betul tu. Tiada publisiti langsung. Berapa kerat agaknya yang hadir? Seperti yang saya tegur dulu, ianya dicanang dalam kelompok yang sama sahaja. Sememangnya orgramai (termasuk saya) kata pejuang bahasa tak buat kerja. Saya dah tahu skrg dari blog pejuang2 bahasa sprt tuan ini yang tuan2 ada memperjuangkan hal2 bahasa seperti penentangan PPSMI dll tetapi majoriti rakyat masih kabur dan sesetengahnya buta terus.
Ubahlah strategi dan cara perlaksanaannya agar lebih efektif dan mendatangkan impak maksimum yang positif.
Salam hormat.
blog saya pun tak diketahui orang pun. sapalah yang baca.
DULU2 KALAU ORANG TULIS DIARI, TAKDAK SAPA BOLEH BACA. KALAU ADA YG CUBA2 MAHU MERAMPAS DIARI ITU DARI TANGAN KITA, TAK CUKUP DUA BLOK BANGUNAN SEKOLAH KITA LARI...BERPELUH2 KENA LIGAN. SEKARANG CATATAN SEPERTI DIARI BOLEH ADA DALAM TALIAN SAJA. MACAM JUGA BLOGSPOT NIH.
JADI, WALAU APA YG KITA TULIS TETAP KITA KENA HATI2. JANGAN SANGKA TAKDAK SAPA2 BACA KERANA TUKANG PANTAU MEMANG ADA YANG DIBAYAR GAJI...MEMBACA 'DIARI' ORANG SAJA.
ASAL APA YANG KITA CATAT, DARI APA YANG KITA RASA..DAN KITA PERCAYA BENAR. CATAT SAJA...
SEMOGA KITA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGANNYA. INSYAALLAH...
TERUSKAN BERBLOG TUAN.
Assalamualaikum wbt.
Salam ziarah. Sekarang saya sudah tahu...
Post a Comment