Thursday, June 4, 2009

seminar pemikiran arena wati

Saya sedang berkira-kira mencari bentuk dan wajah kertas kerja yang hendak ditulis untuk seminar pemikiran arena wati pada 9-10 jun ini di dbp. sehingga hari ini kepala sesak dengan tugasan yang mendadak dan berhimpun dalam satu detik sehingga sukar untuk menyisipkan masa untuk menyiapkan kertas kerja.
sesiapa yang berminat hendak mendengar pembentangan beberapa orang tentang arena wati silalah datang ke dbp. seminar ini percuma.
2. saya baru pulang dari sungai ular, dekat cherating, pahang. saya bersama sm zakir menjadi penceramah untuk bengkel penulisan kajian lapangan kepada guru tingkatan enam seluruh negeri pahang. mereka akan memikul tugas baru, iaitu membimbing pelajar tingkatan enam menyediakan kertas penyelidikan. jadi atas inisiatif jabatan pelajaran negeri pahang, terutama ooleh encik sufian yang gigih itu, satu bengkel diadakan. bersama kami ialah cikgu abu bakar dari rompin. beliau banyak mengetahui perihal sekolah sedangkan kami hanya bercakap dari sudut penulisan esei yang umum.
3. bengkel penulisan untuk guru sememang memberikan manfaat yang besar kepada mereka kerana lanjutan daripada itu para guru akan aktif menulis atau sekurang-kurangnya mengetahui teknik penulisan. guru yang boleh menulis akan lebih berupaya menyampaikan ilmu kepada muridnya.
4. sebelum ini saya sudah bekerjasama dengn seorang rakan yang juga amat gigih, iaitu cikgu azizul rahman abdul rahman dari johor. kami merangka dan membimbing guru dan pelajar untuk menulis karya kreatif. sehingga ini hasil daripada usaha itu telah terbit beberapa buku karya para murid dan guru, terutama guru cemerlang. antara buku yang telah terbit ialah Terima Kasih Tuhan, Salam Buat Mahathir, Memorabilia, Biques Legasi. dalam proses penerbitan pun ada lagi yang sedang bergerak.

4 comments:

Helen said...

Mat Saleh,
You have to set your priority straight. You have to learn to say NO to favours for awhile. You should set your PhD thesis as your no 1 priority for now. InsyaAllah, you will excel and succeed.

saleeh rahamad said...

helen,
terimakasih. betul tu.lain kali tak terima apa-apa dah. saya akan keraskan hati. tapi kekadang hati jadi lembut

D'Rimba said...

Wah akhirnya saya akan berjumpa dengan penulis sajak mencari wira di DBP tidak lama lagi, bahagianya.........5 dan 6 jun jam 8 malam saya akan pergi ke rumah Pena ada majlis baca puisi dan persembahan lagu Melayu asli dari kumpulan anak muda bergelar Dewangga Sakti.

D'Laut said...

D'Rimba,
Jelesnya saya kat awak.. saya pun teringin juga nak pergi tapi saya jauh dari KL. Saya wakil kat awak je la.. nanti posting le dlm blog awak ye..