Tuesday, July 7, 2009

Ziarah Hassan Ali

PENA akan menziarah novelis Hassan Ali pada hari Sabtu 11 Julai ini. Sesiapa yang ingin turut serta sila berkumpul di Rumah Pena pada pukul 10 pagi. pertemuan akan berlangsung pada pukul 10.30 di rumahnya. Hassan Ali ialah novelis yang menghasilkan novel Musafir. Beliau juga bekas bendahari PENA. Khabarnya beliau sedang uzur. Oleh itu, menjadi kewajipan PENA untuk menziarahinya untuk menumbuhkan rasa persaudaraan. Saudara-saudara yang lain juga akan diziarahi suatu hari nanti.
Jemputan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Penulis semestinya seorang yang manusiawi.

2 comments:

InginTahu said...

Tuan,
Rumah beliau di mana?

saleeh rahamad said...

saya pu tak tau. kata orang di sekitar PJ.nanti saya tanya dato baha.