Sesiapa yang mahu menggauli anak muda berjulung keris dalam sastera pergilah ke Rumah PENA pada Sabtu 6 mac ini jam 10 pagi (agaknya). Saya mahu semua pelajar saya pergi. Naik teksi dan cakap saja Rumah PENA (Rumah banglo bertentangan dengan bangunan MAA atau jirat Cina. Tak jauh dari DBP, di belakang restoran Tupai-Tupai. Tak tahu juga? mintalah abang-abang penulis muda PENA ambil. Nazmi dan Lutfi sedia membantu anda (agaknya). Dialog ini penting sebagai petunjuk keterlibatan penulis muda. Kami mahu lihat sokongan padu daripada penulis muda. (Terasa pula dah tua sangat)
5 comments:
tuan leh..katanya baharu sahaja jadi penyair, maknanya muda lah tuu...
rasa macam hendak pergi
nizam jangan rasa-rasa..pergi sahaja. duduk utara tu sunyi
edolah...banyak juga penyair gersang dan rontok dan macam tunggul gerigis dah ..saya belum sampai tahap tu kut.
Insya'allah saya pergi. Cuma, sesudah 10 tahun meninggalkan kampus (Jabatan Pengajian Media UM), DBP, Gapena dan Pena (yang dulunya kerap pergi kerana assignment dsb)saya akan menjadi "kera sumbanglah" yang tidak kenal sesiapa...
Post a Comment