Tuesday, March 16, 2010

Kelas Bahasa 2

Ayat ini diambil daripada sebuah tesis. Kesalahannya banyak. Cuba betulkan ayat ini supaya menjadi ayat yang gramatis.

Apa yang lebih penting dari itu semua ialah usahanya untuk memperbaiki kurikulum atau isi serta sistem pengajarannya.

8 comments:

NIZAM MAT SAARI said...

Apa yang lebih penting dari itu ialah usaha membaiki kurikulum dan sistem pengajarannya.

Norziati Mohd Rosman said...

Tak mahu cuba membetulkan tapi nak komen - bunyinya seperti ayat terjemahan yang tidak cukup masak. Ini mesti salin-tampal

Korakora said...

Apa yang penting... kerjasamaaaaaa... kih kih kih

Rositah Ibrahim said...

Eiii...! Anak murid En Saleh ni nakal. Rotan je En Saleh!(Oppss! Mana ada 'je' dalam BM!)

saleeh rahamad said...

Nazmi tak pernah jadi anak murid. Dia jadi mufti kecil kat Pena. Kami dengar fatwa dia saja.

saleeh rahamad said...

ayat Nizam masih salah. nanti kemudian saya betulkan
tunggu anak murid masuk kelas dulu, macam Lasykar Pelangi yang menunggu kelas cukup murid sebelum dimulakan

saleeh rahamad said...

Nizam, jawapannya:
perkataan apa dalam ayat itu disalahgunakan keana "apa" ialah kata tanya sedangkan fungsinya di situ sebagai kata nama tak tentu. perkatan "dari" sepatutnya daripada.

Jawapan alternatif.

Perkara yang lebih penting daripada itu ialah usaha membaiki kurikulum dan sistem pengajarannya.

atau

Yang lebih penting dripada itu.... (buang perkataan perkara pun boleh. "Yang boleh diletakkan pada awal ayat. Pelajar saya berkata, guru mereka mengatakan bahawa "yang" tidak boleh berada pada awal ayat. Bagi ayat terbitan perkataan "perkara" boleh digugurkan dan "yang" sudah menjadi penanda relatif yang membentuk frasa nama.

Nizam sudah betul kerana menggantikan "memperbaiki" dengan "membaiki". Untuk makluman kepada orang lain, perkataan "memperbaiki" tidak betul kerana kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan memper...i/kan.

NIZAM MAT SAARI said...

Terima kasih cikgu! Bagus kelas bahasa macam ini. Ya, sudah 10 tahun, kini baru mahu mengulangkaji.