Wednesday, March 24, 2010

Kelas bahasa 6




Adakah ayat ini betul? Sila perhatikan penggunaan kata sendiri "antara" dan kata arah "di antara". Jika salah, sila betulkan.

1. Di antara negara yang akan saya kunjungi ialah India, Pakistan,dan Vietnam.
2. Antara burung merak dan burung sekendi, saya lebih menyukai burung sekendi.
3. Di antara Dewan Tun Abdul razak dan PWTC terbentang Sungai Kelang yang keruh.

5 comments:

Unknown said...

1. Antara negara yang akan saya kunjungi ialah India, Pakistan,dan Vietnam.
2. Antara burung merak dengan burung sekendi, saya lebih menyukai burung sekendi.
3. Di antara Dewan Tun Abdul Razak dan PWTC terbentang Sungai Kelang yang keruh.

Ayat ke-3 tiada kesalahan rasanya.

lutfi said...

1&2 salah. 3 betul. Ayat saya ni betul tak menurut mazhab TG? Hehe

saleeh rahamad said...

Siti, ayat 3 salah. Sepatutnya guna dengan, bukan dan.

sinaganaga said...

Saya ada masalah dengan 'depan' dan 'hadapan'.

Ada orang kata 'masa depan' - 'di hadapan rumah'.

Minta penjelasan, bang!

saleeh rahamad said...

"Depan" ke "hadapan" ke, sama saja (sahaja), asalkan jangan belakang...haha
Ini samalah dengan tapi atau tetapi, sahaja dan saja.
Makna sama, cuma penggunaannya depan lazim dalam perbualan atau agak kolokial sifatnya, manakala hadapan lebih formal, dalam tulisan.