Tuesday, March 2, 2010

Maut hanya sedetik nafas jaraknya

Dalam perjalanan pulang dari pertemuan dengan kawan-kawan di PENA malam tadi, sekitar pukul 10 dengan menunggang motosikal saya terserempak dengan satu kesan kemalangan yang mengerikan. Seorang lelaki melengkung terbaring di aspal sambil dikawal oleh orang ramai agar tidak dirempuh sekali lagi oleh kenderaan yang bertali arus. Saya rasa dia sudah hilang dari peta hayat kerana kepalanya berlumuran darah (mungkin pecah)dan tidak disentuh atau diberi rawatan kecemasan lagi. Dia mungkin hanya menunggu ambulans sebelum diangkut pula oleh van jenazah ke negeri abadi. Saya tidak sanggup untuk berhenti walaupun ramai orang berdiri di tepian jalan. Dia juga penunggang motosikal seperti saya. Dan saya juga tidak mustahil boleh menerima nasib yang serupa dengannya. Dalam sekelip mata dan sedetik nafas nyawa akan melayang ke arasy da menunggu hari perhitungan diperhentian barzakh. Alangkah rapuhnya tali nyawa ini. Kita seperti sederetan orang yang menunggu distesen keretapi untuk membeli tiket ke alam barzakh. Deretan semakin pendek dan giliran kita akan sampai tidak lama lagi. Sudah cukupkah bekalan? Sudah bersihkah diri?

2 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalammualaikum, En. Saleeh

Terima kasih atas peringatan ini.
'Kita seperti sederetan orang yang menunggu distesen keretapi untuk membeli tiket ke alam barzakh. Deretan semakin pendek dan giliran kita akan sampai tidak lama lagi. Sudah cukupkah bekalan? Sudah bersihkah diri?'

Fariza Nurbaya said...

Betul, maut, jodoh, pertemuan semua di tangan-Nya. Hari ini kita enak-enak bergelak ketawa, esoknya sudah pergi. Jodoh pertemuan, ajal maut ialah rahsia Dia, semuanya rahsia dan tak bisa dirungkai. Aduhai, sudah bersediakah kita??