Sunday, May 10, 2009

perkampungan penulis gapena

Berkampung sekejap di Muara Sungai Duyung pada hari Sabtu 9 Mei dan bermalam di situ memang mendamaikan. Ada kolam teratai dilegari anak ikan di tengah-tengah kawasan yang berciri desa. Perahu senget tersadai di salah satu kolam mengingatkan aku pada kapal besar tersadai di Acheh selepas Tsunami.
Peserta perkampungan bersemangat tetapi ramai yang menekuni sajak berbanding cerpen. Aku terpaksa merendahkan topik perbincangan supaya mereka tidak kehilangan arah. Puan Mahaya lebih sesuai agaknya membimbing mereka dengan sifat keibuan dan keguruannya sedangkan aku lebih keras rasanya. Sedar bahawa berceramah di dewan seminar buka pilihan terbaik pada sesi petang lalu aku memindahkan mimbar ke tingkat atas, ruang lapang yang menjadi musola tanpa dinding. Berpuput bayu dari muara mengusir kehangatan. Lebih santai dan damai di situ. Kami bersila dan bersimpuh di lantai... termasuk Puan Mahaya dan Cikgu Rohaya. Malu aku dengan kesediaan dan ksetiaan mereka turut sama mengikuti ceramah dan bebelan aku untuk peserta muda.

Dua sesi untuk aku menajamkan pemahaman mereka tentang genre bukanlah tempoh masa yang cukup. Tapi itulah yang diberikan dan aku terpaksa berpuas hati.

Pembimbing lain ialah Borhan Mohd Zain, Mokhtar Yassin, Dr Hasih Ismail dan Datuk Latiff bakar sendiri. Ladin Nuawi lebih cenderung menjadi pengurus acara.

Besar harapan Gapena untuk melahirkan antologi cerpen sama puisi lam dan sajak daripada perkampungan itu. Ini tentu saja memerlukan iltizam yang tinggi daripada penulis muda itu dan tentu saja sokongan pembimbingnya. Aku menyerahkan segalanya kepada Gapena untuk menentukan hala tuju mereka. Jika mereka mahukan yang terbaik, buatlah acara dengan susun atur acara yang terbaik juga.

Perahu nelayan tersusun di pinggir muara menarik perhatianku. Sudah lama aku menyimpan impian untuk mengikut nelayan meredah laut untuk menangkap ikan. Impian itu tetap tinggal impian.

10 comments:

Sham al-Johori said...

Pak Guru,
Kenapa berubah angin nak jadi nelayan pula? Daripada jadi nelayan lebih baik jadi pelaut; dapat bermain dengan keindahan warga laut.

Paling teruk pun 'lemas'. Hehehe

saleeh rahamad said...

sham,

jadi nelayan ini suatu helah untuk menolak tanggungjawab mencari kemenangan di daratan. Memukat di darat lebih sukar daripada di laut.

lelaki yang suka memancing itu secara psikologinya untuk membuktikan kehebatan mereka menjadi penakluk, walaupun yang ditakluk hanay ikan dan sotong. cuma takut silap2 kita ditakluk laut.
apa pun, laut tidak sekejam manusia. laut tidak berkhianat. laut cuma dengan sifat alamiahnya.

D'Rimba said...

Tidak tahupun aktiviti GAPENA ini......

D'Rimba said...

Terima kasih sekali lagi pejuang bahasa sekalian kerana saya menjadi pemikir kerana sajak bermakna kalian......

Rahimidin Z said...

Bang Saleeh,
memang selalu keras!

saleeh rahamad said...

d'rimba,

usahkan orang lain, kalau saya tak dijemput beri bimbingan pun saya tak tau. tapi bengkel ini ikut zon. dengarnya akan bergerak seluruh malaysia. cuma saya tak tau bagaimana nak sertai.
cuba tanya gapena 0321442412

edolah said...

Pak Dosen,
sesekali jangan lupa... laut juga bisa menajamkan taring amarahnya angkara kebiadaban manusia, lalu mengirim gelombang tsunami sebagai isyaratnya. malang manusia tidak pernah belajar dari hikmah bencana!

Melihat Kesunyataan said...

Saleeh,
Bila agaknya GAPENA nak buat kat Johor pula?

saleeh rahamad said...

tuan haji,

bengkel yang di melaka tu untuk org johor sekali, zon selatan. kena minta bengkel khususlah. gapena banyak duit.

Pencinta Pantai Bersih said...

Tuan edolah,
Hanya ingin membuat sedikit pembetulan. Bukan nak tunjuk lagak tapi sekadar berkongsi ilmu. Ilmu yg dipelajari ketika dlm kelas Rekabentuk Bangunan Untuk Kawasan Gempabumi atau "Seismic Design" dulu.
Tsunami bukan dari amarah laut tetapi dari amarah perut bumi; pergeseran permukaan bawah tanah iaitu gempa bumi. Dari gempa bumilah baru tercetusnya tsunami (ombak besar dlm bahasa Jepun).

Tapi, mungkin tuan2 pun tahu.

Salam hormat.