Tuesday, May 26, 2009

SUKAN MASUM 2009.

Bersama jurulatih TKDUM, Daing DanielFitri. Jurulatih muda yang gigih dan bersemangat. Bekas pelajar Pusat Sukan UM dan pernah mewakili negara dalam TKD. Penyumbang pingat emas penentuan semasa MASUM di USM pada tahun 2007 hingga UM jadi juara keseluruhan.
Tanpa diduga team TKD menyediakan cenderamata untuk saya pada semasa kami makan ikan ikan bakar di Kuala Perlis selepas kejohanan tamat siangnya. Coklat ferero Rocher rupanya. Untuk anak sayalah.

Berkumpul sementara menunggu bas datang, di Dewan Muadzam Shah selepas kejohanan tamat, 26 mei 2009.



bergambar di depan Dewan Muadzam Shah.




Kena jadi muda sekali ganda bila bercampur dengan bebudak nakal tapi tahu menghormati orang tua ni.Semasa menunggu giliran timbang berat badan.


Tamatlah sukan di UUM. Taekwondo UM hanya menduduki tempat keempat di belakang UiTM, UPM, dan UIA. Tahun 2007 kami juara keseluruhan, tahun 2008 di Sabah kami tempat kedua. Tahun ini jatuh tempat keempat. Malang sedikit tetapi masih ada harapan. Tidaklah berada jauh sangat di bawah. UKM di bawah kami. Kami dapat lima pingat (satu emas daripada Ryan Chong Wy Lunn, pemain negara, peserta ke Sukan SEA, mujur dia ada), dua perak (Muadz dan Choi Teng), dua gangsa (Wan Nor Azam dan Gan Beng Han). Tergelincir harapan yang dletak pada Ravinder bekas pemain SUKMA Pahang, Gan Sher Li, dan Azam juga. Apa pun, saya puas hati kerana mereka telah berusaha walaupun beurusan dengan Pusat Sukan agak meletihkan. Mutu pengadilan juga sangat lemah dan menjadi bualan semua pengurus dan jurulatih.

6 comments:

ekspresi said...

tahun depan agak2 tempat keberapa yop?

D'Rimba said...

Hehehehe.....Sukan juga berjaya supaya Muslim membuka aurat memakai pakaian sukan yang Yahudi buat ikut syarat mereka.

sahrunizam abdul talib said...

Jaguh taekwando rupanya En. Salleh ni. Inilah dua dunia, seorang wira(teringat pada sajak "Mencari Wira")

saleeh rahamad said...

d'rimba.. taekwondo pakai tutup auratlah. ramai pakai tudung. lelaki lagi la..pakai lengkap. saya dari sekolah rendah lagi dah lawan cikgu senaman yang paksa pakai seluar pendek. masa tu tahun 70-an dan awla 80-an. pakaian sekolah pun saya dah pakai seluar panjang walau sekolah tak benarkan. terpaksa lawan cikgu dan peraturan.apa pun terima kasih atas ingatan. sdr betul

saleeh rahamad said...

sahrunizam,
mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah. hehe. bukan jaguh tapi sekadar senaman untuk maintain bentuk tubuh agar kelihatan muda dan kekar kah kah kah.. jangan boroi dan lembik. janganlah ada yang terasa.. saya pun dah naik perut akibat banyak makan kurang senam. training dengan student pun malas. dulu rajin juga kerana terpaksa latih mereka setelah coach pindah . tapi datang coach baru saya pun naik lemak. malas turun dengan alasan nak siapkan tesis.nantilah kita buat kelas taekwondo pena dan kelas taichi.atau yoga. kalau nak beryoga kita pergi bali, tepi pantai dekat hotel Holiday Villa. minta datuk Ahmad sebi taja sekali lagi. seronok beryoga tepi pantai.

edolah said...

tuan dosen,
kena ajak tuan setiausaha agung PENA sama beriadah...jangan dok asyik menggendutkan perut !